Tak mahu aniaya anak orang, Ibu Yb Syed Saddiq pernah berada dalam dilema masa pertama kali kenal dengan Bella Astillah

Advertisements
Advertisements

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengakui pernah berada dalam dilema ketika pertama kali mengenali Bella Astillah kerana ketika itu kes mahkamah membabitkan anaknya masih belum selesai. Menurut Sharifah Mahani, dia bukan tidak menerima Bella, sebaliknya bimbang sekiranya keputusan mahkamah tidak memihak kepada Syed Saddiq, keadaan tersebut mungkin memberi kesan terhadap masa depan penyanyi itu.

“Terus terang saya cakap, masa mula-mula jumpa Bella, Saya tak percaya dan khuatir. Saya dalam dilema sama ada Bella akan menjadi menantu saya atau tidak sebab perbicaraan di mahkamah. Bukan saya tak sayang Bella. Saya banyak berdiam diri sebab penentuannya ketika itu adalah mahkamah. Kalau Saddiq kalah, minta dijauhkan, saya tak nak aniaya anak perempuan orang. Berdosa,” katanya.

Tambahnya, dia hanya benar-benar berasa lega dan bersedia menerima Bella sebagai sebahagian keluarga selepas keputusan mahkamah memihak kepada anaknya. “Bila Saddiq diberikan kemenangan, syukur Alhamdulillah. Hati begitu gembira dan barulah boleh bersedia untuk bersama-sama menerima Bella dalam keluarga kami,” ujarnya. Dalam masa sama, Sharifah Mahani turut memuji keperibadian bakal menantunya yang disifatkan sebagai wanita berdikari, berani dan sentiasa berusaha keras untuk mencapai sesuatu.

“Apa yang saya nampak, Bella seorang yang berdikari. Banyak perkara dia cuba lakukan sendiri dan dia berani tampil ke hadapan untuk mencapai kejayaan. Dia bukan hanya pandai bercakap, tetapi cakap dan lakukan. Apa yang dia usahakan bukan untuk diri sendiri saja tetapi untuk anak-anak, Ara dan Ayden serta keluarganya,” katanya.

Sharifah Mahani berkata pengalaman kegagalan rumah tangga sebelum ini juga dilihat menjadikan Bella lebih kuat untuk meneruskan kehidupan dan membina masa depan bersama anak-anak. Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober depan selepas berkongsi tarikh pernikahan mereka menerusi program MeleTOP.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.