Personaliti media sosial Dahlia Rizal, tampil memberikan respon berhubung isu suaminya, Imran Aqil yang didakwa meninggalkannya semasa tempoh berpantang. Menerusi hantaran di Threads, Dahlia atau nama lengkapnya Nur Dahlia Ahmad Rizal, 24, mengakui bahawa dirinya mengalami PPD (Post Partum Depression) dan Imran berangkat ke Nepal selepas tiga bulan dia melahirkan cahaya mata sulung.




Namun, Dahlia memaklumkan keadaan dirinya teruk adalah ketika bulan pertama mengalami masalah tersebut. “PPD saya teruk ketika bulan pertama sampai saya merasakan seolah-olah bukan diri saya lagi. Macam nak campak anak tapi Alhamdulillah, ketika itu saya ada Imran dan ibu bapa saya. Saya bersyukur tidak mengalaminya seorang diri.
Ketika Imran ke Nepal, Yusra sudah pun berusia tiga bulan. Saya pun sudah mula rasa lebih baik dan adik beradik saya ada bersama, saya juga ada sokongan di sekeliling saya. Bagaimanapun, perkara itu sudah pun dikongsikan di dalam podcast tersebut, tetapi saya tidak menyalahkan sesiapa tentang pendapat mereka mengenai kenyataan Imran.”
Selain itu, Dahlia juga mengakui Imran tidak sepatutnya berkongsi tentang hal peribadi mereka kepada umum. Namun, menafikan bahawa Imran seorang suami yang tidak mempunyai empati terhadap dirinya. Dahlia juga memaklumkan dia di dalam keadaan yang baik ketika ini dan telah sembuh daripada masalah yang dihadapinya. Dalam pada itu, Dahlia menyifatkan Imran sebagai suami dan bapa terbaik meskipun mereka pernah lalui fasa sukar dalam rumah tangga.
Sementara itu, Dahlia menghargai keprihatinan orang ramai terhadap dirinya selepas isu berkenaan tetapi dia berharap agar mereka turut melihat peranan Imran yang banyak membantunya menjalani fasa sukar itu. “Kalau anda menonton podcast penuh, anda akan faham yang dia tahu apa yang dia lakukan itu bukan perkara yang betul dan dia menyesal serta tidak akan mengulanginya lagi.
Saya tahu ramai yang mengambil berat tentang ini kerana PPD adalah satu topik yang sangat sensitif dan serius. Saya faham ada segelintir orang terkesan dengan klip dari podcast itu. Tetapi ketahuilah bahawa Imran pun banyak membantu saya sepanjang tempoh tersebut.” Bagaimanapun, Dahlia meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa terdapat segelintir individu membuat pelbagai andaian mengenai rumah tangganya sehingga ada yang menyuruh mereka bercerai.
Dahlia juga berkata, dia dan suami akan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku Di akhir hantarannya, Dahlia berharap agar isu tersebut tidak dipanjangkan lagi selepas penjelasan itu. Terdahulu, menerusi sebuah podcast, Imran mengakui tidak berada di samping isteri ketika dalam tempoh berpantang kerana berada di Nepal bagi menyertai aktiviti pendakian gunung selama 10 hari.
Menurutnya, Dahlia berdepan masalah meroyan selepas melahirkan anak sulung mereka sehingga pernah terlintas untuk mencampakkan bayi tersebut. Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mengecam tindakan Imran.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.