Dah dapat restu dari ibu, Datuk Fazley akui bukan hanya gimik tapi hubungan berputik dari hati yang ikhlas

Advertisements
Advertisements

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tidak lagi berselindung apatah lagi mahu menipu peminat berhubung kemesraannya dengan usahawan Datuk Seri Vida yang dilihat luar biasa akrab sejak beberapa bulan lalu. Sebaliknya, pemilik nama penuh Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata, keintiman mereka bukanlah gimik murahan tetapi ia adalah hubungan sebenar, berputik daripada hati yang ikhlas.

“Ini (hubungan cinta) adalah impian setiap manusia yang single Apa yang anda lihat selama ini bukan content atau gimik tetapi satu realiti,” katanya. Pengakuan itu sekali gus menjawab spekulasi umum sebelum ini yang berteka-teki mengenai kesahihan hubungan Dr Fazley dengan Vida atau Hasmiza Othman, 55.

Pasangan itu mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) kira-kira tiga bulan lalu. Sejak itu, Fazley dan Vida kerap berkongsi pelbagai kandungan di media sosial yang memperlihatan hubungan romantis mereka sehingga mengundang pelbagai persepsi. Malah, rentetan keintiman di media sosial sebelum ini, pasangan itu juga pernah ditegur oleh pendakwah bebas, PU Syed agar mereka segera bernikah.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Asmara Ini berkata, hubungan serius itu terjalin selepas mendapat restu keluarga dan merujuk kepada ustaz. “Sebelum saya luah hasrat (jalin hubungan), saya ada buat solat istikharah, tanya pada ibu, anak-anak dan dapatkan pendapat ustaz juga. Ketika itu dia (Vida) terkejut sebab tak pernah ada lelaki gentleman mendekati dia cara begini. Mulai dari itu, kami cuba untuk kenal lebih rapat sehingga sekarang,” katanya.

Ditanya mengenai desas-desus kononnya mereka sudah bernikah secara rahsia, Fazley menegaskan dia dan Vida sedar mengenai status mereka sebagai hak masyarakat. Justeru katanya atas kedudukan itu, mereka pasti akan mengumumkan berita baik berkenaan kepada semua jika segala perkara dirancang berjalan lancar.

“Saya sedar sebagai kami hak masyarakat, jadi sudah tentu kami takkan sorok (nikah) cuma buat masa ini belum lagi. Saya akan beritahu apabila tiba masanya nanti, insya-Allah,” katanya yang seolah-olah menggambarkan masa untuk disatukan itu sudah tidak lama.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.