Tampil dengan imej tak berhijab, Julia Farhana akui ada sebab ambil keputusan untuk buka tudung

Advertisements
Advertisements

TAMPIL dengan imej tidak berhijab, pelakon Julia Farhana meminta orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menghakimi keputusan itu sebaliknya memohon ruang serta doa yang baik-baik buatnya.  Julia atau nama sebenarnya Julia Farhana Marin, 32, berkata, dia tidak mempunyai sebarang kenyataan untuk menjelaskan penampilan baharu itu kerana fasa yang dilaluinya amat peribadi dan hanya difahami oleh dirinya sendiri.

“Tiada apa yang saya boleh cakap yang akan buatkan orang rasa benda itu adalah kenyataan yang betul. Tiada apa yang saya boleh ulas sebab saya seorang sahaja yang lalui dan faham apa yang berlaku. Apa yang saya harapkan adalah orang ramai doakan yang baik-baik. Jangan hakimi saya atas apa yang saya lalui sebab segalanya adalah satu proses yang saya sendiri pun tidak sepenuhnya dapat hadam lagi. Saya perlukan masa,” katanya

Julia berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media Astro 30 Thank You Malaysia di TGV Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Khamis.  Dalam pada itu, Julia turut menjelaskan hantarannya di Threads yang mengatakan penampilan terkini itu merupakan kehidupan sebenarnya. Tegasnya, tulisan berkenaan merupakan perkongsian mengenai refleksi diri dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan perubahan imej yang ditunjukkannya.

“Itu perspektif masing-masing, tetapi sebenarnya konteks gambar dengan kapsyen itu berbeza. Kapsyen itu lebih kepada tentang diri saya sendiri dan tiada kena-mengena langsung dengan penampilan. Apa-apa sahaja yang saya buat di platform awam, orang akan tetap hakimi. Saya okey sebab saya tahu apa yang orang fikirkan pasal saya itu bukanlah diri saya yang sebenarnya.

Saya memang tidak membaca langsung komen-komen warganet, lebih baik saya elakkan,” ujarnya. Mengulas spekulasi netizen yang mendakwa dirinya berada dalam fasa kemurungan atau depresi susulan ujian rumah tangga dan perubahan imej secara mendadak, Julia menepis dakwaan itu. “Alhamdulillah saya okey, saya tidak depresi. Perasaan sedih itu normal, saya rasa setiap manusia yang melalui sesuatu yang sangat mengejutkan akan lalui proses di mana dia kena hadam apa yang berlaku.

Daripada hidup berdua, sekarang saya hidup seorang dan saya sudah sendirian selama tujuh bulan yang lalu. Banyak benda saya kena fikir seorang diri daripada masalah perkahwinan, kerjaya sehinggalah hidup saya. Saya sedih sebab saya manusia biasa. Apa yang saya lalui sudah tentu ada perasaan sedih, tetapi kalau nak kata saya depresi itu tidaklah,” ujarnya. Pada Mei lalu, penampilan Julia mencuri tumpuan ramai apabila dia dilihat tidak lagi memakai hijab.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.