Usahawan, Datin Seri Shahida tampil memberi penjelasan mengenai keputusannya menjalani pembedahan pada bahagian hidung selepas mengalami masalah sinus yang teruk. Menerusi hantaran di TikTok, Shahida, 41, berkata masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan hidungnya kerap tersumbat, malah turut disusuli beberapa gejala lain yang semakin teruk dari semasa ke semasa. Klik sini untuk lihat video.

“Pertama sekali, sebab mata saya kerap gatal dan bengkak, selalu bersin, hidup asyik tersumbat, batuk-batuk. Kadang kala nak telan makanan tekak rasa tak selesa dan telinga asyik berdesing. Semakin lama semakin bertambah teruk keadaan saya.” Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan bahawa dia mengalami kesukaran bernafas melalui hidung selepas menjalani pembedahan.
“Buat sementara waktu, saya tidak boleh bernafas ikut hidung, kena ikut mulut. Agak seksa juga. Dalam hidung saya doktor masukkan ‘stan’ dan akan dicabut pada 9 September tapi saya beritahu tidak boleh. Saya minta cabut pada 8 September sebab ada urusan kerja.” Meskipun masih dalam tempoh pemulihan, Shahida tetap meneruskan beberapa urusan kerja yang sudah dijadualkan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.