Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek kembali menyorot perhatian selepas berkongsi beberapa momen pertunangannya di media sosial. Menerusi perkongsian yang dimuat naik, Dr Fie seolah-olah memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah membuka lembaran baharu dalam kehidupan selepas rumah tangganya bersama penyanyi Nubhan berakhir. Klik sini untuk lihat video.

Menurut Dr Fie, cinta tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang menyakitkan kerana cinta merupakan perkara yang suci dan datang daripada Allah. “Cinta tidak pernah menyakitkan kerana cinta itu sendiri suci. Cinta datang daripada Allah, luas dan berlimpah, ada di mana-mana dalam doa seorang ibu, dalam pelukan seorang ayah, dalam tangan yang menghulur ketika kita hampir jatuh, dan dalam hati yang masih memilih untuk percaya walaupun pernah kecewa.
Cinta tetap cinta. Sentiasa cukup, sentiasa luas, dan sentiasa punya ruang untuk tumbuh semula.” Dalam perkongsian sama, Dr Fie turut dilihat menerima hadiah perkahwinan daripada seorang kenalan yang disertakan ucapan ‘Selamat Pengantin Baru.’ Untuk rekod, Nubhan mendirikan rumah tangga dengan Dr Afifah pada 29 Ogos 2015, namun disahkan bercerai talak dua pada Disember lalu selepas melalui prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 9, Ahmad Aafan, 7, dan Afzan Nayille, 4 tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.