Keperibadian anak sulung pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean meraih perhatian apabila dipuji kerana memiliki sikap sopan serta penuh disiplin meskipun baru berusia sembilan tahun. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pengasas dan usahawan jenama pakaian Muslimah wanita itu meluahkan rasa kagum terhadap Ayden sejak kali pertama hadir ke butiknya untuk mengambil ukuran baju.


Menurutnya, setiap pergerakan Ayden termasuk cara dia meletakkan tangan di belakang badan memperlihatkan adab, disiplin dan rasa hormat terhadap orang di sekelilingnya. “Sejak hari pertama dia datang ke butik untuk mengambil ukuran baju, sampai sekarang saya masih kagum dengan budak ini. Bahasa tubuhnya, cara dia meletakkan tangan di belakang badan, semuanya menunjukkan disiplin dan rasa hormat. Dia juga sangat sopan.”
Tambahnya, rasa kagum itu bukan sekadar kerana pengalaman bersama Bella Astillah dan Syed Saddiq sebaliknya keperibadian anaknya yang menyentuh hati. “Satu gesture yang cukup bertimbang rasa daripada budak berusia 9 tahun. Bukan saya belum move on daripada BASS, tapi saya masih belum boleh move on daripada dua orang anak yang sangat indah ini.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.