PELAKON dan penyanyi Janna Nick membawa diri ke luar negara bagi mencari ketenangan selepas memuat naik status menggambarkan status hubungannya dengan aktor Dini Schatzmann sudah berakhir. Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, memberitahu ingin mencari ketenangan di negara Eropah ketika bertemu secara tidak sengaja dengan aktres Puteri Sarah Liyana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu. “Cari ketenangan… cari ketenangan di Eropah okay,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah menerusi Instastory miliknya memberitahu terserempak dengan aktres tersebut dan memintanya menjaga diri di tempat orang. Janna yang kelihatan sugul dan memakai kaca mata hitam turut dilihat memeluk Puteri Sarah ketika mereka bertemu. “Boleh pula terjumpa Janna Nick dekat lapangan terbang. Jaga diri di mana mu berada nanti. Love you,” tulisnya.
Terdahulu, Janna Nick menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat apabila memuat naik hantaran seakan-akan memberi gambaran cinta mereka sudah berakhir. “Kepada kamu, mogakan berbahagia. Kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya,” tulisnya. Janna turut unfollow Instagram Dini namun aktor itu masih mengikuti akaunnya. Untuk rekod, Janna dan Dini mula menjalinkan hubungan cinta sejak Jun 2019.
Janna Nick muat naik sesuatu di laman ig macam bagi bayangan dah putus cinta, sekali ini pula komen warganet. Penyanyi dan pelakon Janna Nick menerusi sebuah video mendedahkan status dirinya adalah ‘single’ dan sudah tidak lagi bersama kekasihnya Dini Azan Schatzmann. Eh, biar betul! Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon berusia 27 tahun itu di TikTok, memaparkan dirinya sedang menjamu selera. Namun, apa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warganet adalah status Janna di mana dia menyatakan bahawa dirinya single seperti sudah putus bersama Dini.
Janna. 27 tahun. Single. Tak suka buka packaging sambal. Ada yang lahir 1995? Bagaimanapun, di Instagram, pelantun lagu Gatal ini memuat naik hantaran yang mengukuhkan lagi kenyataannya. Kepada kamu moga berbahagia, kini cinta kita telah berakhir untuk selamanya. Hasil pemerhatian mendapati Janna telah menutup ruangan komen di Instagram. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan seperti tidak percaya Janna sudah putus dengan Dini. Malah, ada juga di antara mereka yang mengatakan bahawa ia hanyalah lakonan semata-mata.
Komen warganet:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber, ohbulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.