PENGARAH Syamsul Yusof mengambil keputusan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand adalah kerana sukar untuk meyakinkan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana. Menurut Syamsul, 39, proses pernikahan itu tidak mudah dilakukan di Malaysia kerana dia perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama terlebih dahulu. “Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri iaitu Kazar Saisi. “Bagaimanapun, proses negara kita tidak semudah itu dan untuk meyakinkan isteri pertama juga tidak semudah yang kita semua sangka,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Menyedari keputusan yang dibuat olehnya bakal mendapat tentangan ramai, pengarah filem Mat Kilau ini bagaimanapun percaya masyarakat akan dapat menerima tindakannya itu apabila tiba masanya. Justeru itu, Syamsul tidak kisah sekiranya dia menerima kritikan masyarakat dan bersedia bertanggungjawab di atas tindakannya itu. “Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya. “Buat masa ini, tak mengapalah saya dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini. “Cuma saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya,” jelasnya.
Mengakui keputusannya mengahwini Ira telah melukakan hati kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, Syamsul berkata dia tetap bersabar menanti restu orang tuanya itu. Ini kerana Syamsul sedar restu ibu bapa sangat diperlukan dalam mencari keredaan hidup di dunia dan akhirat. “Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun ia tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila. “Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. InsyaAllah,” katanya.
Terdahulu, Syamsul mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka. Kenyataannya itu dibalas oleh Sarah yang memohon untuk Syamsul berhenti mencipta drama dan jangan memutar belit cerita seolah-olah dia menjadi sasaran keadaan. Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Kredit, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.