Cerita rumah tangga Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK), 48, yang berkahwin dengan isteri, Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 26, pada September tahun lalu pernah menjadi topik utama di media sosial. Mana tidaknya, isteri yang baru sahaja berusia pertengahan 20-an telah dikritik hebat warganet apabila dikatakan berkahwin atas sebab harta dan menjadi perampas kerana DDNK baru sahaja berpisah dengan isteri pertama. Namun, mereka berdua telah tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas itu.
Disebabkan kemelut rumah tangga selebriti, Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof hangat diperkatakan, nama DDNK telah terpalit sama dan ada pihak tampil memetik isu lama kembali. Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, pakar saham itu memaklumkan yang banyak perkara positif berlaku selepas dia melalui perkahwinan kali kedua ini. “Bila saya kahwin dengan yang lebih muda ini saya pun berasa lebih muda. Kalau dulu saya jarang pergi masjid, sekarang saya sudah selalu, kalau dulu jarang pergi kuliah agama sekarang sudah kerap.”
“Bukan saya mahu salahkan isteri pertama, cuma perjalanan hidup saya seperti itu. Saya belajar daripada perpisahan yang berlaku. Ujarnya, walaupun isteri keduanya muda, dia sangat membantu dalam menghampiri matlamat iaitu berjaya dunia dan akhirat. Dia juga menceritakan tentang kehidupannya dengan isteri baru dan juga bekas isterinya. Menurut DDNK, kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri. “”Saya rasa refleksi dan peluang kedua saya dalam kehidupan. Walaupun isteri kedua saya ini muda, tapi dia membantu saya menghampiri matlamat hidup iaitu berjaya di dunia dan akhirat. Alhamdulillah, hidup saya lebih tenang dan tidak banyak pening kepala dari segi kerja.
“Pengalaman hidup dengan isteri pertama dan kedua, masing-masing ada kelebihan. Untuk isteri kedua yang lebih muda ini dia lebih manja, lebih fleksibel, dengar cakap dan tak banyak kerenah. Mungkin rasa hormatnya ada di situ. Tapi, dia juga lebih nakal, kuat cemburu dan kuat merajuk. Kalau isteri yang dulu lebih berusia, dia lebih matang, terbuka, bersikap keibuan dan faham kehidupan. Tapi, itu adalah pilihan kita. Keduanya hebat dan perlu tahu apa matlamat hidup. Kita perlukan isteri yang boleh sokong matlamat kita,” katanya. Jadi, dia sangat tidak bersetuju apabila isteri kedua digelar sebagai ‘penyondol’ kepada isteri kedua, ketiga atau keempat hanya kerana isu Syamsul Yusof bernikah lagi dengan wanita dikenali sebagai Ira Kaza.
“Saya tak bersetuju ‘penyondol’ dalam istilah isteri kedua. Bagi saya ia tidak boleh berlaku sebelah tangan. Tidak boleh rempuh atau santau untuk terus berkahwin. Ia mesti bertepuk dua belah tangan. “Bila sebut berkenaan cinta dan sayang, ia adalah perkara yang kita tiada daya untuk menahan. Bila sudah sayang, kita tidak boleh menipu perasaan. Bila kita kata sayang, maksudnya kita memang sayang. Bagi saya, tidak boleh seorang saja yang sayang untuk terus kahwin. “Jadi, sondol menyondol ini tidak betul. Kalau daripada konteks saudara Syamsul (Syamsul Yusof) atau sesiapa saja, apa yang penting adalah kalau boleh berbahagia dengan yang pertama atau kedua (isteri) itu yang terbaik.
“Saya tiada pengalaman sebegitu, isteri saya yang kedua memang sangat baik,” katanya. Tambahnya lagi, dia berpegang kepada kuasa Allah yang mengatakan jodoh itu sudah ditetapkan. Jadi, tiada istilah sondol-menyondol dalam setiap keadaan seperti itu. Walaupun ramai yang sukar menerima, tetapi itulah hakikatnya. “Kita semua perlu faham ini adalah jodoh dan kuasa Allah. Mungkin orang tidak boleh terima tapi itulah hakikatnya. Saya tidak setuju dengan istilah sondol menyondol ini,” ujarnya. Untuk rekod, DDNK telah bernikah dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari pada September tahun lalu. Menurutnya, dia memilih wanita berusia 26 tahun itu kerana tertarik dengan sikap manjanya. Sebelum ini, pakar saham tersebut pernah bernikah dengan wanita dikenali sebagai Watie dan dikurniakan seorang anak lelaki yang kini meningkat remaja.
Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.