Penampilan seorang lelaki seakan-akan tidak lengkap sekiranya dia tidak memakai jam tangan. Ianya sama seperti keperluan beg tangan pada wanita. Jam tangan ini bukanlah digunakan untuk mengetahui masa semata namun ianya turut menggambarkan sedikit sebanyak tentang personaliti si pemakai. Selain itu, ia juga dapat menggambarkan bahawa si pemakai mempunyai gaya, kebijaksanaan dan juga sofistikasi.
Terdahulu, jam tangan ini direka berbeza-beza mengikut tujuan yang berlainan. Terdapat rekaan jam tangan lelaki yang sesuai digunakan untuk sesuatu situasi sama ada formal, semi-formal, kasual ataupun mengikut aktiviti yang akan dijalankan. Pemilihan jam tangan tidak hanya bergantung kepada cita rasa, jenama ataupun harga. Akan tetapi anda juga perlu menimbangkan beberapa tips ini ketika anda ingin membeli jam tangan lelaki.
Strap Kulit Atau Bracelet
Antara perkara yang paling penting anda perlu ambil tahu semasa ingin memilih jam tangan lelaki adalah penggunaan strap (tali) kulit ataupun gelang keluli. Yang mana satu sesuai untuk digayakan oleh si dia? Secara jujurnya, tidak ada masalah untuk pakai yang sama ada strap kulit ataupun geleang keluli asalkan selesa dan mengikut kesesuaian.
Kebiasaanya, strap kulit ini dipakai untuk aktiviti santai dan ianya sangat sesuai dipadankan dengan pakaian yang kasual. Manakala, jam tangann yang menggunakan gelang keluli sesusi dengan kesemua jenis gaya khususnya untuk majlis formal. Akan tetapi, ianya boleh gayakan mengikut keinginan si pemakai.
Perincian Sederhana Sudah Memadai
Sekiranya anda baru pertama kali ingin memilih atau membeli jam tangan lelaki, kebiasaannya anda berkemungkinan akan lebih tergoda dengan perincian dan chronographyang berat. Ini kerana ianya nampak lebih cool. Tetapi, jangan mudah terpedaya kerana hakikatnya, pemakaian jam tangan ini adalah untuk menunjukkan masa dan tarikh sahaja, melainkan sekiranya ianya merupakan jam tangan untuk kecegasan.
Jangan terlalu cepat membuat keputusan dalam memilih jam tangan lagi-lagi bagi anda yang baru pertama kali ingin membelinya. Jam tangan yang sederhana dan tidak kompleks dengan pelbagai ciri-ciri sebenarnya lebih menjadi pilihan orang ramai.
Saiz Yang Sesuai
Seperti saat anda memilih kacamata, sesetengah orang tidak mengambil peduli akan saiznya. Namun, ia sebenarnya agak penting. Begitu juga saat anda ingin memilih jam tangan untuk lelaki. Ini kerana, ramai yang menganggap jam yang besar ini menandakan kekayaan dan ianya kelihatan seperti menunjuk-nunjuk. Jam tangan yang terlampau besar ini akan menonjolkan diri si pemakai dalamcara yang kurang baik.
Jadi, pilihlah jam yang mempunyai muka yang sederhana antara 38-42 milimeter dalam diameter yang sesuai dengan pergelangan tangan si pemakai. Sekiranya si pemakai tinggi seperti model, jam tangan yang bersaiz besar sangat sesuai dengannya. Walau bagaimanapun, sekiranya si pemakai tidak cukup tinggi atau seorang yang rendah, jam yang minimalis lebih sesuai dengannya. Jam yang besar akan menampakkan ketidakserasiannya dengan si pemakai.
Pastikan Ia Muat
Salah satu kesilapan yang sering kali isu ketika memakai jam tangan lelaki adalah ianya tidak diketat atau dipasang dengan betul. Pemakaian jam tangan yang betul adalah dengan memastikan jam tangan tersebut tidak bergerak-gerak semasa memakainya. Sekiranya ia bergerak, minta tukang jam tangan tersebut untuk buat pautan yang lebih sehingga ianya mencapai saiz yang betul atau baiki strap jam tangan tersebut supaya ianya nampak sesuai dengan si pemakai.
Material
Selain itu, material jam itu juga sangat penting dalam pemilihan jam tangan. Terdapat pelbagai jenis jam tangan yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti plastik, resin, keluli tahan karat ataupun logam bersalut emas. Anda boleh memilih jam tangan daripada bahan yang berbeza-beza bergantung kepada peribadi si pemakai ataupun ciri-ciri jam tangan.
Okay sekarang anda sudah ketahui apa yang anda perlu ambil tahu sewaktu anda ingin memilih jam tangan lelaki. Tetapi, sudahkah anda tahu jenis-jenis jam tangan yang anda ingin pilih? Jam tangan mempunyai beberapa jenis yang sering menjadi pilihan lelaki yang kebiasaannya digunakan mengikut majlis atau acara tertentu. Jadi, ini dia 5 jenis jam tangan yang anda perlu tahu.
Dress Watch
Jam tangan kategori dress watch ini adalah jam tangan yang paling klasik sekali. Reka bentuknya sangat ringkas, permukaan yang putih dan mempunyai strap/band yang barwarna hitam atau gelap diperbuat daripada kulit (leather). Jarum jamnya jelas kelihatan dan hanya ada paparan jam, minit, saat dan tarikh sahaja. Dress watch ini merupakan jama yang tergolong dalam kategori formal maka ianya amat sesuai dipakai dengan pakaian formal.
Diver’s Watch
Nama pun diver’s watch, jadi jam ini dicipta pada asalnya dalah untuk penyelam laut dalam. Jam sebegini sangat tahan lasak dan ia mempunyai sifat kalis air dan tahan daya tekanan. Digit yang terdapat pada diver’s watch ini kebiasaannya mempunyai sifat glow in the dark. Sifat-sifat jam sebegini sangat sesuai untuk orang yang sukakan aktiviti menyelam di dasar lautan. Selain daripada memakai ketika diving, diver’s watch ini juga sesuai dipakai dengan semua jenis pakaian kecuali baju acara khusus seperti tuksedo.
Chrono Watch
Chrono watch ataupun dipanggil sebagai sports watch ini mempunyai ciri-ciri eksklusif yang menjadikannya nampak lebih canggih seperti kompas, odometer, altimeter dan pelbagai fungsi-fungsi lain mengikut pengeluar jam. Jam sebegini kebiasaannya terasa berat ketika memakainya di tangan. Jam jenis ini bersifat semi-formal jadi ianya lebih sesuai untuk dipadankan dengan pakaian yang semi-formal dan bukanlah pakaian formal.
Field Watch
Field watch ini mempunyai kaitan sejarah dengan Perang Dunia Pertama. Jam ini kebiasaannya mepunyai latar gelap dengan warna digit yang cerah. Warna kontra yang tinggi ini bertujuan untuk memudahkan bacaan dalam keadaan cahaya yang malap. Selalunya, tali jam ini diperbuat daripada kulit ataupun kanvas. Rekaan field watch yang terawal diperkenalkan adalah warna hijau dan coklat pada tali jam sebegini.
Jam ini sangat ringan untuk digunakan, bersaiz sederhana dan sangat tahan lasak. Secara amnya, field watch ini lebih sesuai dipakai dengan pakaian kasual. Untuk yang gemar melakukan aktiviti lasak, ini mungkin jam yang anda perlukan.
Pilot Watch
Pilot watch ini menggambarkan fungsinya yang dicipta untuk kegunaan juruterbang. Jam tangan ini kebiasaannya mempunyai saiz diameter yang lebih besar iaitu melebihi 50 milimeter. Jam tangan ini direka dengan saiz yang lebih besar adalah bertujuan untuk memudahkan bacaan dan memastikan ketepatan bacaan. Ciri-ciri yang paling menonjol pada jam ini adalah puna yang besar bertujuan untuk memudahkan juruterbang yang sedang memakai sarung tangan untuk memutar punat tersebut. Jam tangan ini bersifat semi-formal dan ianya lebih sesuai sekiranya dipadankan dengan penampilan yang semi-formal.
Jam tangan ini diibaratkan sebagai pelengkap penampilan bagi lelaki sama seperti wanita melengkapkan dirinya dengan pemakaian tudung yang sesuai dengan acara dan majlis. Jadi, pilihlah jam tangan yang sesuai mengikut tujuan ketika memakainya supaya ianya tidak nampak janggal. Sumber: seriwanita.com