BERKENALAN ketika terlibat dalam penggambaran drama Kampung People sekitar tiga tahun lalu, pelakon Rashidi Ishak mendedahkan dia dan isterinya iaitu pengarah Wan Hasliza Wan Zainuddin, 51, membuat keputusan untuk berkahwin kira-kira tiga bulan lalu. Menurut Rashidi, 50, tiada sesiapa yang mengetahui hubungan itu termasuklah ahli keluarga sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. “Kami mula rapat selepas drama Kampung People 2. Saya pun banyak melakukan kerja belakang tabir bersama dia. Apabila kenal hati budi barulah ajak berkahwin kira-kira tiga bulan lepas. “Sebelum itu tiada siapa tahu tentang hubungan kami. Ada dalam kalangan rakan-rakan yang dapat hidu, tetapi mereka diamkan sahaja. Lepas setuju nak kahwin barulah kami berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.
“Kawan-kawan rapat pun baru tahu dua minggu lalu semasa kami nak berkahwin dan mereka memang terkejut,” katanya. Tambah Rashidi, dia selesa merahsiakan perhubungan mereka daripada pengetahuan umum dan tidak berkongsi mengenai perkara itu di sosial media. Bersyukur urusan pernikahan berjalan lancar, aktor ini memberitahu dia terlebih dahulu berbincang dengan dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya sebelum ini bagi meneruskan hasrat perkahwinan itu.
“Bagi saya kalau kita simpan kisah peribadi dan tidak terlalu kongsi di media sosial ia akan jadi lebih mudah. Pada usia begini saya pun tak mahu tertekan kalau terlalu bercerita hal kami sebelum ini. “Perkahwinan melibatkan dua keluarga dan mestilah semuanya kena terima serta setuju. Saya bincang dahulu dengan anak-anak tentang hal ini,” jelasnya.
Pada Khamis, Rashidi dan Hasliza melangsungkan pernikahan di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan. Rashidi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM200, sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas tujuh. Terbuka untuk terus bekerjsama dengan isteri dalam mana-mana drama, Rashidi juga mengambil sikap profesional jika Hasliza duduk di kerusi pengarahan. “Mestilah akan lebih banyak bekerjasama dengan isteri selepas ini kerana saya pun terlibat dalam pasukan kreatif syarikat produksi sama. “Jika dia bertindak sebagai penerbit atau pengarah, saya perlu hormat dan profesional dalam kerja,” ujarnya.
Untuk rekod, Rashidi pernah berkahwin dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000 namun rumah tangga yang dibina selama 17 tahun itu berakhir dengan perpisahan pada 9 Ogos 2018. Mereka mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 22 dan Mariyam Rashika yang kini berusia 19 tahun. Sumber, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Akhirnya Rashidi Ishak selamat berkahwin, dia punya isteri bukan orang biasa. PELAKON Rashidi Ishak kembali bergelar suami apabila selamat berkahwin dengan pengarah drama Kampung People iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin pada Khamis. Menerusi akaun Instagram anaknya iaitu Maryam Rashika, Rashidi dilihat tampan mengenakan baju Melayu berwarna puith. “Ayah memakai kasut Nikes di majlis kahwinnya dan anak perempuan mengenakan Doktor Martens di majlis kahwin ayahnya,” katanya.
Rashidi Ishak kembali bergelar suami orang. Perkara yang sama dikongsikan oleh anak lelakinya, Mikhail Imran yang turut dipercayai berada di majlis berkenaan dipercayai berlangsung di Masjid Sri Sendayan Negeri Sembilan. Dalam pada itu, seorang pengguna media sosial bernama Saiful Zahairie Zainuddin juga berkongsi foto di Facebook mendoakan kebahagiaan pasangan berkenaan.
Dalam foto itu, Rashidi dan juga isteri mengenakan baju sedondon berwarna putih duduk di atas pelamin. “Semoga bahagia ke akhir hayat,” katanya. Untuk rekod, Rashidi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Vanida Imran pada 1 Oktober 2000 dan sah berpisah pada 9 Ogos 2018. Sumber, mstar.