Dalam masa sebulan boleh hilang 10kg. Sekali pemuda ni dedahkan tips berkesan untuk turunkan berat badan.

Berat badan ideal adalah idaman setiap orang, banyak produk untuk kurus terjual di pasaran. Ada juga yang mengamalkan diet dan bersenam namun tak juga kurus-kurus. Terpulang kepada diri masing-masing untuk turunkan berat badan secara sihat atau tidak tapi janganglah sampai memudaratkan diri. Berikut adalah perkongsian dari seorang pemuda, Zack Zakirin di akaun Twitter untuk kurus dengan cepat dan sihat.

Ini bukan cubaan, lelaki ini sendiri telah mengamalkan diet secara sihat ini, iaitu ‘Eat clean’.

Foto sebelum kurus…

Foto Zackzakirin selepas kurus…

Berikut ialah beberapa tips yang dikongsikan oleh pemuda ini.

Ubah Gaya Hidup Sihat, yang penting mindset kena betul.

Jaga makan atau ‘Eat clean,paling penting elakkan ‘Kuah’…

 

Foto makanan diet yang di amalkan Zackzakirin

Dapatkan motivasi diri…baru focus workout.

Bersenam secara konsisten, slowly dan perlu ada displin..

 

Senaman 4 kali seminggu dan beri ruang pada badan untuk rehat kalau penat. Apabila dah capai berat perlu konsisten untuk senaman untuk teruskan gaya hidup sihat. Permulaan jangan terlalu mendesak untuk senaman, tapi bila dah start turun 3-4 kg, baru boleh paksa sehingga boleh.

Sumber: Twitter ZackZakirin

Nak Kurus Tapi Amalkan Diet Yang Melampau Juga Bahaya. Ini 7 Gangguan Kesihatan Jika Berterusan Amalkan Diet Ketat.

Amalan diet ketat membahayakan kesihatan lebih-lebih lagi jika dilakukan dalam jangka masa panjang. Diet sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat tempatan, dari menjaga rutin pemakanan harian, kepada melakukan pelbagai senaman untuk kelihatan ramping dan mendapat berat badan ideal. Bagaimanapun, amalan diet secara ketat boleh membahayakan kesihatan seseorang, lebih-lebih lagi apabila kaedah penurunan berat badan ini dilakukan dalam jangka masa yang panjang.

Perlu diketahui, diet ketat atau ekstrem seperti mengurangkan pengambilan makanan secara drastik demi menurunkan berat badan dengan cepat, tidak mengikut waktu makan yang sesuai, semuanya boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dari segi fizikal mahupun m3ntal. Walaupun tindakan itu mungkin menawarkan hasil yang menggembirakan untuk mereka yang mahu cepat kurus, namun ia masih mampu mencetuskan beberapa gejala sampingan yang mungkin terjadi, termasuklah;

1. Gangguan pemakanan

Masalah gangguan pemakanan adalah tabiat pemakanan seseorang sehingga membahayakan kesihatan fizikal dan juga psikososial seseorang, termasuklah terdedah kepada penyakit seperti Anorexia Nervosa. sakit Anorexia Nervosa (kekurangan berat badan yang teruk) merupakan satu keadaan di mana seseorang sengaja mengehadkan pengambilan makanan dan lazimnya tidak mahu mengekalkan berat badan yang normal dengan ketinggiannya. Pelbagai kajian di dunia menilai bahawa gangguan pemakanan secara amnya berkait rapat dengan cara seseorang mengikuti kaedah diet yang ketat, tanpa menghiraukan akan risiko yang mungkin berlaku.

2. Gangguan metabolisma

Diet yang ketat juga boleh melemahkan sistem metabolisme badan, kerana sistem dalam badan terpaksa bekerja lebih. Pakar menyatakan gangguan ini dipengaruhi oleh hormon badan yang memberi isyarat kepada otak sama ada anda kenyang atau lapar. Namun, pengamal diet ketat kebiasaannya akan menahan lapar berpanjangan, malah ada yang menggantikan makanan dengan hanya minum air. Akibatnya, individu itu akan berasa lemah hingga kurang bertenaga.

3. Kehilangan jisim otot

Kajian menunjukkan bahawa diet ketat untuk menurunkan berat badan dengan cepat boleh merosakkan otot, berbanding penurunan berat badan yang lebih stabil. Sementara itu, kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition melaporkan akan terjadi penurunan jisim otot yang berlebihan akibat diet yang ketat. Kehilangan jisim otot berlaku kira-kira lima peratus secara keseluruhan yang disebabkan oleh pengaruh diet seseorang itu turut mengurangkan jumlah kalori harian.

4. Kurang tenaga

Simptom itu juga mampu mengakibatkan seseorang kehilangan tenaga disebabkan diet yang ketat berfungsi mengurangkan simpanan air dalam badan. Sumber tenaga simpanan dalam tubuh akan berkurangan disebabkan diet ekstrem, jadi badan akan mudah berasa letih dan lesu. Selain itu, kekurangan tenaga ini disertai dengan dehidrasi, sakit kepala atau pening, akibat badan kehilangan cecair.

5. Rambut gugur

Hasil kajian lain dalam jurnal Dermatology Practical & Conceptual menunjukkan bahawa diet yang ketat dikaitkan dengan keguguran rambut akibat kekurangan bekalan nutrien. Keadaan ini menyebabkan rambut anda mulai gugur sehingga tidak berfungsi seperti sebelumnya. Selain menyebabkan keguguran rambut, diet yang ketat juga memberi kesan kepada tempoh pertumbuhan rambut yang mana ia akan menjadi lebih perlahan.

6. Tahap antibodi atau imuniti rendah

Bahaya diet ketat ini tidak boleh dipandang ringan, ia sangat berisiko menurunkan sistem imuniti badan seseorang. Akibatnya, badan akan kekurangan nutrien penting seperti vitamin dan mineral. Kedua-dua nutrien ini memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imuniti. Bagaimanapun, sistem imuniti yang lemah boleh menjadikan badan lebih mudah terkena serangan pelbagai penyakit.

7. Kemurungan

Memetik Eat This Not That, salah seorang doktor di Harold C. Schott Foundation, Dr Anna Guerdjikova, berkata diet yang melampau sememangnya mempunyai risiko gangguan mental. Mereka yang mengamalkan diet ketat secara konsisten melaporkan perasaan bersalah dan menyalahkan diri sendiri yang membawa kepada kebimbangan, kemurungan dan kesukaran untuk menumpukan perhatian. Lebih-lebih lagi jika diet itu dijalankan oleh golongan remaja, gangguan mental boleh menjejaskan kualiti hidup mereka. Sumber: mstar

Ketahui Cara Berkesan Menahan Lapar Semasa Diet. Fakta Terakhir Paling Menarik

Kajian membuktikan makan berhati-hati mampu menurunkan berat badan kerana otak memainkan peranan dalam merancang tindak balas kepada perlakuan seseorang terhadap sesuatu. Berdiet untuk menurunkan berat badan boleh terasa sangat menyeksakanterutamanya apabila berhadapan dengan kelaparan. Anda pernah berada disituasi dimana sandwich dan milkshake menjadi menu ruji harian, namun faktor diet anda perlu melawan rasa lapar demi menurunkan berat badan.

Jangan bimbang, beberapa kajian membuktikan kaedah dibawah membantu menahan rasa lapar bagi menyokong menurunkan berat badan, termasuk;

1. Sarapan berkhasiat

Sarapan membantu anda menurunkan lebih banyak berat badan. Ini mungkin bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini. Seperti yang dilaporkan oleh Trifecta Nutrition, beberapa kajian telah mengaitkan sarapan pagi dapat mengawal kalori harian dengan lebih baik, terutamanya jika sarapan mempunyai protein yang tinggi.

2. Protein yang mencukupi

Bagi anda yang sudah biasa bersarapan, cuba masukkan sebahagian protein dalam menu. Protein akan membuatkan perut berasa kenyang lebih lama, tahap hormon kelaparan yang lebih rendah berpotensi membuat anda kurang makan pada hidangan seterusnya. Menurut Healthline, jumlah pengambilan protein adalah sekurang-kurangnya 20-30 peratus daripada jumlah pengambilan kalori atau 0.45-0.55 gram setiap paun berat badan (1-1.2 gram setiap kg berat badan).

3. Pengambilan serat

Pengambilan serat yang tinggi akan melambatkan proses penghadaman dan menjejaskan pelepasan hormon kenyang yang meningkatkan kepuasan. Bukan itu sahaja, pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kekacang membantu menghasilkan asid lemak rantai pendek dalam usus yang dipercayai dapat memanjangkan rasa kenyang.

4. Kurangkan gula

Selain pengambilan gula yang betul, anda perlu mengelak pengambilan yang tidak perlu seperti yang menghasilkan ‘kalori kosong’. Makanan dengan ‘kalori kosong’ hanya menambah kalori tanpa memberi sebarang nutrisi. Seterusnya, kurangkan pengambilan gula tambahan (stevia) – gula mungkin memberi tenaga yang segera, tetapi ia akan menurunkan tahap tenaga badan serta-merta yang biasanya terdapat dalam roti putih, gula-gula, kek, dan biskut.

5. Minum air putih sebelum makan

Sebelum makan, anda perlu minum segelas air. Segelas air akan membuatkan anda lebih kenyang, dan kurang rasa lapar selepas makan. Menurut Medical News Today, kajian ke atas 50 wanita yang berlebihan berat badan mendapati, apabila mereka diminta minum 1.5 liter air sehari selama lapan minggu ia telah menyebabkan selera makan dan berat badan berkurangan.

6. Bersenam sebelum makan

Selain minum air, anda juga boleh cuba bersenam sebelum makan. Kajian semula terhadap 20 penyelidikan berbeza mendapati hormon kelaparan boleh ditindas dengan berkesan selepas bersenam, terutamanya senaman intensiti tinggi.

7. Makan perlahan

Amalkan kesedaran dengan cara yang mudah termasuk makan secara berhemah. Otak memainkan peranan penting dari segi selera makan. Jika anda makan dengan fokus, berhati-hati, tanpa gangguan, anda tidak akan berasa cepat lapar dan tidak akan makan berlebihan dalam hidangan seterusnya. Bagaimana untuk makan dengan penuh perhatian? Anda perlu menjauhkan diri daripada gangguan seperti telefon bimbit, televisyen dan fokus pada rupa, tekstur, bau dan rasa makanan semasa anda makan.