Pelajar ada yang tertekan bila dapat kerja banyak. Ini ada beberapa tips untuk siapkan assignment dengan cepat.

“Assignment ini submit minggu ni, assignment tu submit esok, asssignment yang ini submit minggu 12” Fuh! Korang mesti pernah jadi student atau sedang menjadi student kan? Memang stress bila sampai kemuncak minggu assignment menimbun. Yang buat lagi stress bila korang buat group assignment tapi group member semua malas. Itu lagi stress!

Jadi di sini ada 12 tips untuk siapkan assignment dengan cepat.. Senaraikan semua assignments dan tarikh hantar..

Assalamualaikum dan hye hye semua.  Assignment maksudnya tugasan. haha. (well, tiap kali karangan pun biasa letak definition kan?) And antara punca stress bagi students adalah assignment yang berlambak-lambak. Dahtu, baru siap, dapat lagi assignment lain. Paling pedih, ada lagi assignment waktu exam/ test. Sebenarnya punca stress bila bertangguh je, kalau pandai manage time, tak stress pun. Pastu ngada-ngada je update status “banyaknya assignment”.. haha. Well, sebab ngadap FB tu yang tak siap kot. Ok, kita go to solution. Tips siapkan assignment cepat

1. Senaraikan semua assignments dan tarikh hantarnya. Bila dah siap, tandakan.. [done].. Trust me, secara psikologynya, bila kita tengok senarai [done] tu dah banyak, kita akan rasa puas sangat! Kita akan rasa tak sabar nak siapkan yang seterusnya.

2. Bila terlalu banyak assignment. Pilihlah mana yang due date nya paling hampir untuk disiapkan. Kalau dua-dua sama je due datenya, pilihlah yang paling senang. Pilih je mana-mana. dari tak buat langsung. 3. Make sure tempat duduk kita buat assignment tu selesa. Selesa dan bagus untuk mengekalkan tumpuan. Not atas katil and so on.. sebaiknya tempat duduk tu keras dan tidak terlalu lembut.

4. Persekitaran tempat haruslah sesuai. Kalau bising, biasanya kita rimas. Pergilah ke library… Kalau ada yang bising jugak. Maka, pergilah ke orang tu and cakap.. “Ni bukan library bapak engkau!!!!!” joke je.  5. Bukak facebook, baca status kawan. Qist suka tau baca status kawan yang merungut banyaknya assignment.. hahaha.. lagi best bila baca status yang kata assignment dia tak siap lagi..

Bukan tujuan mengata dia, tapi JADIKAN ITU SEBAGAI CATALYST UNTUK SIAPKAN KERJA ANDA! haha.. biasalah, sesetengah orang ada perasaan untuk jadi lebih baik.. kan3? but wait, jangan pulak kau ngadap facebook ja. 6. Jangan ada makanan di sisi anda ketika buat kerja. Air takpe. Why? Biasanya kita akan fokus untuk makan dulu. hehe. lagipun macam mengganggu pulak, lagipun tangan sure kotor. kan3? tu yang assignment pun bau kari.. haha.. Apatah lagi kuaci, selagi tak habis, selagi itu tak berhenti.

7. Jangan biasakan diri bertangguh. Punca stress banyak tangguh kerja la tuh. Biasanya orang bertangguh sebab deadline nya lama lagi. Esok nak hantar, baru nak buat.. Mana tak stress? Yes, it’s better late than never. But it’s better not to be late. 8. Bagi yang suka online macam Qist ni. Anda digalakkan untuk jauhkan diri dari apa2 source online anda. Bukan apa, facebook ni boleh leka. Tapi kalau guna laptop jugak, senang je.. Tak payah buka facebook or twitter. Utamakan yang mana lebih utama..

9. Bagi kerja yang melibatkan kumpulan pula, sebaiknya bahagikan kerja awal-awal. Buatlah part kita ja. Jangan lupa remind ahli lain untuk siapkan segera.. Ini cara qist. Tiap kali ada kerja kumpulan, saya relakan diri untuk jadi leader. Kita tahu siapa diri kita dan bagaimana kita bekerja. Bila ada kerja, qist akan mesej kat diorang..”siapkan cepat.. nanti boleh rehat”. ayat yang simple.

Dalam masa yang sama, mungkin tugasan yang diberi pada kawan kita tu, membebankan dia, mungkin dia tak mampu buat.. Ringankan tangan membantu dia.. Barulah wujud muafakat. 10. Kata kat diri yang “aku akan bahagia setelah semuanya selesai” 1. Kalau kerja tu susah, baiklah minta bantuan orang lain… Remember, kemampuan kita terbatas. Sometimes kita perlukan orang lain. 12. Bila tak larat sangat. Rehatlah dulu. Remember, sometimes it’s okay to do nothing.

Ok, setakat ini part ni settle. Then.. Masalah kerja berkumpulan. 1. Leader tidak pandai lead. Bila jadi macam ni, biasanya kerja tu memang lambat sangatlah nak siap. So, mesti ada yang membantu menguruskan. Yang salah, bila terlalu bergantung pada leader. 2. Rasa diri lagi bagus dari orang lain. Dia je pandai, yang lain bngang. Tolonglah jangan perasan dan jangan over!!

3. Kawan yang kita terpaksa bekerja dengannya tu, bukanlah kawan yang disukai. Janganlah macam ni, yang lebih penting adalah kerja tu kena siapkan. Tetapkan dalam diri, siapkan assignment, abaikan yang lain…
4. Yang lain buat kerja, sesetengah lagi tolong tengok… Ni mungkin sebab terlalu ramai yang buat kerja tapi kerjanya sikit. Agihkanlah kerja sebaiknya.. Janganlah sampai ada rasa tak puas hati.. Oklah, setakat ni dulu.. Doakan saya dan kawan2 saya dapat menjawab soalan peperiksaan akhir semester dengan cemerlang..

Ingat, ilmu tu dari Allah.. Makin dekat nak exam, selagi itulah kita kena makin banyak beribadah pada Allah. Bukannya semakin menjauhi.. Memang berguna tips ni, memandangkan kebanyakan students memang suka bertangguh kadang-kadang kan?

Sumber: DakwahKuDuniaKu (Twitter)