Pempengaruh media sosial, Maryam You Narae menegaskan tidak akan membuka tudung walaupun hanya untuk menjalani sesi fotografi. Disebabkan itu juga, Maryam meluahkan rasa kecewa terhadap satu jenama terkenal yang dianggap tidak menghormati dirinya yang kini sudah berhijrah. Menurut Maryam, dia masih lagi tidak percaya kerana jenama itu sanggup mengetepikan rasa hormat dan membuatkan dirinya berasa kurang selesa berdepan dengan situasi berkenaan. “Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung.
“Allahuakhbar saya tak sanggup lah buat macam tu so saya reject terus. Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu walaupun highly known brand di Malaysia tapi the mindset is like… “Where is your respect? Do you think money can buy everything?” dedahnya dalam satu kenyataan. Malah kata Maryam lagi, tiada sebab untuk dia membuka tudung walaupun ditawarkan dengan jumlah bayaran yang besar. “You suruh saya buka tudung sebab brand you besar? You nak bagi 100k ke 1 juta ke there is no reason saya kena buka tudung. “Sekarang 2023 pun still happen ye situation macam ni? Sampai sekarang saya tak percaya this happened to me. Tapi Alhamdulillah Allah kuatkan hati saya.
“Ada juga orang minta saya pakai tudung sebab duit, tapi saya rasa tak selesa kalau buat macam tu sebab duit. “Kalau tak dapat pun tak ada rasa rugi walaupun sebesar kuman. Maryam doakan semoga tiada mualaf get this kind of situation,” jelasnya. Terdahulu, Maryam baru sahaja berhijrah memakai hijab pada awal Februari lalu. Maryam dan suaminya, Rizal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai pasangan Duriankimchi telah mendirikan rumah tangga pada 2019 di Korea Selatan sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 2020. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang cahata mata perempuan yang diberi nama Rina. Sumber, astro gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Muat naik video tengah makan ulam, terkejut bila tengok Maryam teguk budu macam tu je. Kehidupan pasangan influencer yang terkenal di media sosial iaitu Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim sering menjadi perhatian warganet kerana mereka terhibur dengan kandungan-kandungan menarik yang dipaparkan menerusi saluran mereka, DurianKimchi. Terkenal dengan telatah lawak yang membuatkan semua terhibur, Mariam dan suaminya selalu memuat naik konten yang lawak. Walaupun berketurunan korea, mariam fasih berbahasa melayu baku dan juga fasih sedikit berbahasa kelantan.
Terkini, sebuah video telah dimuatnaik di aplikasi Tik Tok milik mereka iaitu DurianKimchi apabila ianya memaparkan Maryam sedang memakan ulam- ulaman sambil bersembang menggunakan bahasa kelantan. Walaupun orang korea selatan tapi maryam boleh berbahasa kelantan dengan baik walaupun tidak la fasih sangat. Sumber Sinar Viral. Apa yang menarik perhatian warganet bukanlah Maryam yang sedang memakan ulam- ulaman tetapi maryam yang boleh menghirup budu seperti budu itu sup ayam. Mana la tidak terkejut semua orang sebabnya budu itu kan masin, macam mana la maryam boleh hirup macam minum air je kan. Memang suka sangat budu nampaknya. Klik sini untuk lihat video.
Ketika diterjah ke ruangan komen, rata- rata warganet terkejut apabila maryam menghirup budu itu seperti minum air sahaja. Selain itu juga ramai yang memuji kecantikan maryam apabila sudah mula bertudung sekarang ini. Kredit Soya Lemon.