Hasrat penyanyi dan pelakon, Nabila Razali bagi memiliki rumah impian akhirnya tercapai apabila dia menerima kunci rumah baharu daripada pihak pengurusan kediaman. Menerusi satu posting di laman Instagram, penyanyi berusia 29 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana satu lagi pencapaian berjaya diraih setelah bekerja keras selama ini sebagai anak seni. Baru-baru ini tular video pelakon, Nabila Razali membuat house tour kediaman barunya hasil daripada titik peluh kerjaya dalam industri seni selama ini. Dapat dilihat dalam video tersebut, Nabila membawa peminatnya lihat ruang dalaman dalam rumah itu seperti ruang tamu, dapur, bilik air serta bilik tidur.
Pelakon yang kini berusia 31 tahun itu memilih konsep serba putih untuk kediaman banglo dua tingkat tersebut. Dengan kemewahan yang dimiliki, ramai warganet meluahkan rasa teruja sewaktu ‘dibawa’ oleh Nabila ke dalam kediaman itu serta memuji ianya kelihatan kemas. Sekadar info, Nabila Razali mula berkecimpung dalam industri seni sewaktu menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013 dan selepas itu, beliau melibatkan diri dalam bidang lakonan hingga ke hari ini.
Di samping mencipta fenomena, drama bersiri Kerana Cinta Itu Ada turut membawa kembali nama pelakon dan penyanyi wanita Nabila Razali, sebagai watak utama Nabila Aulia. Menerusi peranan itu, kemunculan Nabila atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali, 31, berjaya jadi perhatian penonton dan sekali lagi melonjakkan popularitinya sebagai pelakon. Sumber, LAB. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.