Lepas beberapa tahun ini la saat yang ditunggu, terkini Ainul Mardhiah dah boleh bernafas normal

Kanak-kanak perempuan, Ainul Mardhiah yang pernah menghidap knsr mulut Germ Cell Tumor dikhabarkan sudah boleh bernafas tanpa menggunakan tiub atau ‘trachy’ yang dipasang pada lehernya. Ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi berkata, doktor yang memantau yakin bahawa kanak-kanak berusia lima tahun itu tidak akan berdepan sebarang risiko apabila membuka peralatan tersebut. “Salah seorang Atuk Ainul ni namanya Doktor Jaseem. Doktor Jaseem ni dah gelarkan Ainul ni cucu dia tau! MashaAllah, nampak sangat Dr Jaseem sayang dekat Ainul.

“Bila Ainul dah free trachy ni lagi lah tersenyum je dia. Sebabnya, dia sangat yakin dengan Ainul yang memang Ainul ni tak ada problem apa-apa dah,” tulisnya dalam satu hantaran di laman Instagram hari ini. Berkongsi cerita lanjut, Nurul Erwani berkata doktor memaklumkan bahawa tiub berkenaan menjadi punca anaknya sering dijangkiti kuman sehingga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) di sebuah hospital pada Ogos lalu.

“Dia lah juga antara yang risau bila Ainul selalu sakit sebab infection. Bermula waktu tahun lepas Ainul teruk, Dr Jaseem contact kami suruh bawa jumpa dia untuk advise kami yang sebenarnya trachy itulah punca kenapa ainul selalu kena infection. Bila ditanya kami bila plan untuk cabut trachy, kami hanya kata tiada plan dari mana-mana. Lama dah kami tunggu saat ini. Inilah saat yang ditunggu. Bila mana, pada 24 Februari 2023 (semalam) rupanya Ainul boleh bernafas normal seperti manusia normal tanpa ada benda asing di tekaknya. Alhamdulillah syukur. Step by step Dr Jaseem plan kan untuk Ainul.

“Dan rupanya jugak Ainul dah pandai makan dan menelan. Siapa kita nak kata Ainul tak pandai buat semua tu. Ainul sangat tak dijangka, sebenarnya dia boleh buat apa yang sepatutnya budak normal buat. Dr Jaseem pun kata Ainul memang boleh buat semua tu. It’s okay Ainul, Masih ramai lagi yang boleh bantu kita, Ainul! Ramai sangat yang sayangkan Ainul,” katanya. Sebelum itu, Nurul Erwani cuba mencabut tiub pernafasan dalam tempoh lebih 30 minit dan bersyukur apabila saturasi oksigen mencapai 96 hingga 100 peratus.

“Alhamdulillah, dah lebih 30 minit tak ada trachy. Saturation 96% – 100%. Nampak macam ainul tengah nak balance-kan pernafasan dia dari lubang tu ke hidung. Menggigil juga nak cabut sendiri tadi. Walaupun sepanjang lima tahun ni memang kami berdua yang buat trachy change every 2 weeks. Tapi masa buat di rumah, lepas cabut yang lama (untuk cuci), dalam 3 saat kami terus masukkan yang baru. So memang tak pernah nampak lah keadaan Ainul macam sekarang,” ujarnya.

Difahamkan, Ainul akan melakukan beberapa prosedur bagi menentukan sama ada tiub tersebut boleh dicabut sepenuhnya ataupun tidak pada Isnin ini. “Hari ini pantau di High Dependency Unit. Ready untuk hari isnin ini. InshaAllah,” kongsinya lagi. Terdahulu, kisah penderitaan Ainul mendapat perhatian ramai pihak termasuk pakar operasi kelahiran Malaysia, Dr Amalina Bakri yang menyertai pembedahan di London, United Kingdom (UK) untuk membuang tumor seberat 200 gram pada Jun 2019. Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.