Makin hampir dengan bulan Ramadan, makin ‘rancak’ pereka fesyen dan usahawan mengadakan majlis bagi memperkenalkan koleksi baju raya Aidilfitri tahun ini. Susulan itu, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pereka fesyen yang menghasilkan busana raya ketat sehingga menampakkan bentuk badan model Muslimah. Kata Asma’, fesyen itu ternyata tidak berlandaskan syariat Islam.
Di ruangan komen, rata-rata warganet berfikiran dan berpendapat sama seperti Asma’. Ada yang mengingatkan golongan suami dan bapa untuk memerhati pemakaian isteri serta anak perempuan mereka. Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 40,000 tanda suka dan 500 komen. Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.