Bunga Elhaq binti Uzair Haqimy ialah cahaya mata perempuan Nur Elisya Sandha dan Uzair Haqimy, merupakan cucu sulung kepada pasangan penerbit terkenal di malaysia iaitu Sheila Rusly dan Jinggo. Istimewanya, nama Bunga itu sendiri dipilih oleh nendanya iaitu Sheila Rusly. Sementara nama Elhaq pula diambil daripada gabungan nama ibu bapa, Elisya dan Haq. Diam tak diam, anak perempuan pelakon cantik Elisya Sandha ini bakal mencecah usia sembilan bulan. Makin menginjak usia, makin bijak dan bertambah comel tengok Bunga Elhaq bila dilihat pada video yang dimuatnaik pada laman sosial ibunya atau nendanya.
Terkini, Elisha sandha telah memuatnaik rakaman video bunga elhaq yang sedang bergurau senda dengan ibunya itu. Dah pandai bergurau dah dan senyuman bunga elhaq membuatkan sesiapa yang melihatnya memuji kecomelannya.Ketika dilihat pada ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan bunga dari hari ke hari yang memang semakin comel. Ditambah lagi sekarang ini dah ada dua batang gigi dah. Klik sini untuk lihat video.
Kredit Soya Lemon. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.