Tuanku, patik sebenarnya risau sangat pagi ini, risau Johan ‘menyampuk’ salah,” seloroh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika menemu bual Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam segmen Bekpes Hot di Hot FM, pagi ini. Bagaimanapun, proses temu bual yang berlansung kira-kira 30 minit itu, mendapat maklum balas positif daripada Tunku Ismail. So far okay (secara keseluruhannya baik),” balas Tunku Ismail sambil ketawa selepas disoal penyampai radio, Johan adakah tingkah lakunya hari ini memuaskan TMJ.
Pada masa sama, kehadiran pemilik kelab bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT), dalam segmen pagi ini adalah untuk bercerita keadaan semasa mangsa banjir di Johor selain berkongsi pengalamannya mengendalikan pasukan JDT. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik sikap segelintir pemilik kelab Liga Malaysia (Liga M) yang enggan menanggung kos penyelenggaraan padang sekiranya kerajaan bersetuju menukar rumput kepada jenis zeon zoysia. Pendedahan itu dibuat menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendapat maklumat daripada sumber tertentu yang boleh dipercayai.
Menurut TMJ, kos penyelenggaraan rumput zeon zoysia sekitar RM240,000 dan perlu ditanggung pasukan, manakala kos penukaran padang pula dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan nilai RM1 juta. Kata Tunku Ismail, alasan beberapa pasukan yang tidak sanggup menanggung kos penyelenggaraan dianggap tidak layak terbabit dalam industri bola sepak tempatan. Kos selenggara sekitar RM240,000. Takkan sudah dapat padang percuma, tetapi tidak boleh menampung kos penyelenggaraan walaupun menerima bajet tahunan bernilai jutaan ringgit? Ini akibatnya apabila ada pemilik kelab atau presiden bola sepak tidak ada minat atau kecintaan terhadap bola sepak, tetapi berada dalam industri semata-mata untuk agenda peribadi,” katanya.