Aril berkata kepada Harian Metro, dia dan isterinya reda dengan ketentuan Allah SWT dan akur apabila dimaklumkan mengenai perkara itu. Â Penyanyi Aril Pilus memaklumkan isterinya yang kini hamil enam minggu terpaksa menjalani operasi buang rahim berikutan fibroid. Anak dalam kandungan sihat, Alhamdulillah selepas lapan tahun, kami dikurniakan cahaya mata. Cuma, kali ini kami diuji apabila isteri disahkan mempunyai fibroid. Menurut doktor, isteri perlu menjalani operasi berikutan dia mempunyai fibroid di luar dan dalam rahimnya. Sebelum ini kami tak tahu, rupanya sudah enam tahun dia mempunyai fibroid.
Kami seperti memandang remeh kerana masing-masing sibuk bekerja. Dalam tempoh Perintah Pergerakan Pergerakan (PKP) yang lalu untuk berbincang mengenai perkara ini. Selepas berjumpa doktor di Kota Bharu, Kelantan, baru kami tahu tapi fibroid itu tak boleh buang, kena mengandung dulu dan kemudiannya ia akan dibuang sekali dengan rahim isterinya saya ketika dia melahirkan anak,” kata Aril.
Jelas Aril, dia dan isterinya, Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin akur sekiranya kelahiran anaknya kali ini adalah yang terakhir buat mereka. Saya tak boleh nak kata apa, sebab sudah dikurniakan anak ini pun saya sangat bersyukur. Saya tak boleh lawan takdir dan juga nak tentukan qada qadar. Bila ada pakar menasihatkan apa yang perlu dan tidak, kami ikut saja sebab kalau tak ikut risau ia akan memudaratkan. Jadi nasihat dari pakar kita terima dan kita akur apa yang sudah terjadi dan akan terjadi. Saya pun tidak mahu menyentuh sensitiviti, bukan kita ego tapi tak mahu sentuh takut jadi kemurungan. Sebab kita pun sudah hadapi PKP selama dua tahun, jadi saya tak mahu tambahkan tertekan. Saya letak tepi tekanan itu dan bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.
Aril, 38, adalah adik kepada Allahyarham penyanyi Izwan Pilus mendirikan rumah tangga bersama Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael yang kini berusia tujuh tahun. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.