ANAK sulung kepada bekas jurulaih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza meletakkan empat syarat terhadap isterinya jika dia tetap mahu menuntut perpisahan. Perkara itu didedahkan Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, dengan berkata, empat syarat tersebut ialah dia tidak boleh menuntut nafkah idah, harta sepencarian dan nafkah tertunggak terhadap dua anak mereka serta perbelanjaan anak-anak perlu ditanggung bersama. “Syarat itu juga termasuklah saya tidak boleh menuntut nafkah anak-anak sekiranya kami berpisah,” katanya.
Dalam pada itu, Suzur Sofia memberitahu proses pertemuan menerusi Jawatan Kuasa Pendamai (JPK) di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa menemui jalan buntu apabila Zaiza tetap dengan pendirian enggan melepaskannya. Dakwa Sofia, suaminya itu dilihat sengaja mahu menyksa dirinya dengan memanjangkan kes tersebut selain meletakkan syarat tidak masuk akal sekiranya mahu dilepaskan. Kalau hubungan ini tidak boleh diperbaiki, kenapa sksa saya? lebih baik lepaskan sahaja. Selama lebih tiga bulan proses cerai, saya tidak lihat pun dia berubah menjadi lebih baik. Sekiranya ada perubahan mungkin hati saya terbuka untuk kembali bersama.
“Daripada kita membazir wang dan masa dengan kes mahkamah, lebih baik selesaikan cepat dan sama-sama fokus membesarkan anak-anak. Saya nampak dia sengaja mahu lengahkan kes ini. Dia pun pernah cakap nak gantung saya tak bertali,” dakwanya. Sementara itu, Sofia berkata, dia bakal memfailkan kes di mahkamah selepas mendakwa dipkl Zaiza dalam satu kejadian pada 24 Februari lalu. Kejadian itu kata Sofia membuatkan dia berasa takut apabila Zaiza perlu ada bersama sekiranya dia ingin bertemu dengan anak-anak memandangkan ketika ini mereka berada bawah jagaan suaminya.
“Sekarang ini saya nak jumpa anak pun jadi takut sebab dia perlu ada bersama. Dia menyukarkan keadaan… boleh sahaja bawa anak-anak jumpa di mall atau tempat awam tetapi dia tetap mahu datang ke rumah. Hari ini pun dia janji nak bawa anak-anak ke mahkamah tetapi gagal berbuat demikian,” ujarnya. Pasangan ini berkahwin pada 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata. Sofia juga turut meluahkan rasa kesal apabila Zaiza membuat permohonan hadanah (hak penjagaan anak) sedangkan suaminya itu tidak mempunyai pendapatan tetap untuk menyara keluarga.
Untuk rekod Sofia dan Zaiza mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2016 dan mereka dikurniakan doa orang cahaya mata iaitu Muhammad Zaynedine Sulaiman, 6, dan Seri Zayana yang berusia dua tahun. Pada 5 Januari lalu Sofia yang merupakan seorang pramugari memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap Zaiza dan kes mereka akan kembali dibicarakan pada 10 Mei ini. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.