Anak perempuan bongsu belajar prosthetic moulding di usia muda, Aaron aziz rasa bangga anak belajar kursus solekan kesan khas secara profesional

Tak sangka kini anak perempuan Aaron pula cemuri bidang pelajaran ini. Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi rasa gembira dan bangga terhadap anak perempuan bongsunya, Dahlia Arissa di Instagram mencuri tumpuan ramai di media sosial aktor berkenaan. Belajar solekan kesan khas. Menerusi muatnaik video di Instagram pelakon terkenal ini, Aaron meluahkan rasa bangga kerana anak perempuanya yang tidak sampai berusia 12 tahun telah mula keluar dari zon selesa dan belajar kursus solekan kesan khas secara profesional. “Alhamdulillah sangat bangga dengan @dahliaarissaaaron kerana berani, keluar dari zon selesa dia dengan menghadiri @ellasandera kelas SFX. Dahlia belajar Prosthetic Moulding, cara profesional! Ahlia, moonshine saya tak sampai 12 dan sedang menghadiri kelas dewasa.” Tulisnya

Aaron Aziz juga nyatakan ibubapa seharusnya beri galakan pada anak. “Sebagai ibubapa, kita cuba kenal pasti minat mereka dan dorong mereka kepada kekuatan mereka. Kadang-kala sebagai ibubapa, kita sering beri mereka tekanan yang tidak diperlukan dengan menetapkan harapan yang tidak realistik. Setiap anak mempunyai matlamat dan harapan yang berbeza. Kalau abang sangat bagus dalam sejarah kenapa mesti adik kena bagus juga. Kalau kakak cemerlang dalam biologi kenapa mesti abang perlu cemerlang juga. Kita tutup ‘mata’ dalam subjek yang mereka lemah tapi kita setkan jangkaan untuk subjek yang mereka kuat. Diyana dan saya selalu saling mengingati antara satu sama lain, jangka perbezaan kekuatan dan keputusan setiap anak-anak.” Kongsinya. Warganet puji bakat Dahlia dan setuju dengan pandangan Aaron Melihat nasihat dan pandangan yang diberikan aktor tersebut sebagai ibubapa, ramai yang bersetuju dengan apa yang dikongsikan pelakon tersebut. Dalam masa yang sama ramai yang memuji bakat Dahlia dalam menghasilkan prostetik solekan kesan khas.

Ini rata rata komen positif warganet . “itu sangat mengagumkan, kamu berdua merupakan figura yang memberi inspirasi.. Betul, setiap anak-anak kita mempunyai kekuatan yang berbeza ianya tugas kita sebagai ibubapa untuk sokong mereka” “Betul. Jangan corak anak ikut apa yang kita mahu.” “Terbaik Dahlia”. “Aww!! Tahniah Dahlia! Dia ada bakat semulajadi harap boleh asah jadi lebih baik. Semoga dipermudahkan!” komen mereka. Sekadar info, Dahlia kini menghadiri kelas pengacuan prostetik bagi solekan kesan khas bersama Ella Sandera yang merupakan pakar menghasilkan prostetik bagi solekan kesan khas untuk filem dan televisyen. Sumber, murai.my

Sekali Lagi Diuji Kali Ni Aaron Aziz Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkini Aaron Aziz Buat Ramai Yang Risau. Sudah dua tahun C0VID-19 menyrng dunia, sehingga kini virus tersebut masih lagi bebas berkeliaran menyrng manusia dan disebabkan itu lah kita semua dinasihatkan untuk menjaga diri supaya dapat elak daripada menjadi salah seorang pesakit virus menakutkan itu. Virus tersebut tidak memilih bulu yang mana sesiapa sahaja berkemungkinan dijangkiti, tidak kira rakyat biasa, orang kenamaan, golongan selebriti atau golongan ‘kayangan’ sekali pun. Terdapat beberapa selebriti Malaysia turut disahkan positif C0VID-19 semenjak dua lalu. Terkini pelakon Aaron Aiziz turut di jangkiti virus berkenaan. “Selepas pelakon lain kena Hari ni saya pulak kena. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan lindungi Isteri dan anak anak saya serta orang kuat saya @fairiekhalil yg selalu berada disebelah saya mana mana saya pergi.”

Terdahulu Pelakon Datuk Aaron Aziz, 46, berkongsi dia kini bergantung dengan ubat-ubatan akibat penyakit saraf dihidapinya, namun masih lagi boleh aktif dalam kerjaya lakonan. Aaron yang kini membintangi drama Gerak Khas Undercover dan ditemui pada sidang media secara virtual di Google Meet, semalam, berkata dia tetap bersemangat kuat apabila bekerja, tetapi akan berhadapan kesakitan sewaktu berada di rumah. “Saya kalau bekerja di lokasi okey saja, tidaklah berasa sakit sangat. Namun, jika di rumah tidak bekerja memang akan jadi terlalu sakit. Apapun, saya tetap bersyukur masih boleh bekerja lagi. “Cuma, untuk tahan segala kesakitan dirasai saya sekarang memang bergantung dengan pelbagai jenis ubat-ubatan daripada doktor. Kena makan ikut waktu, kalau tak ambil akan lebih sakit,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Aaron, dia juga sebenarnya kurang selesa untuk membicarakan masalah kesihatan dialami itu kerana bimbang ada pihak produksi enggan mengambilnya berlakon selepas ini. “Walaupun sakit, insya-Allah saya masih boleh bekerja dan pihak produksi usah risau untuk memberikan tawaran. Saya cuma harus berhati-hati saja ketika melakonkan aksi terlalu lasak dan elak dari jatuh ke hadapan atau ke belakang, termasuk dari tempat tinggi.

“Untuk watak yang bukan aksi, saya okey saja untuk melakonkannya seperti biasa. Terus-terang, saya sangat sayangkan kerjaya lakonan ini dan sampai sekarang saya masih boleh berlakon dengan baik,” katanya. Sebelum ini, pelakon kelahiran Singapura itu pernah mendedahkan dia mengalami masalah saraf tersepit pada bahagian lehernya sejak lapan tahun lalu hingga terpaksa keluar masuk hospital. Kali pertama Aaron berhadapan penyakit ini pada 2012 iaitu sebelum menjalani penggambaran program realiti sukan lasak, Fear Factor Malaysia. Begitupun, dia membuat keputusan tidak menjalani operasi seperti disarankan doktor.

Tumr makin membesar.Dalam perkembangan terkini, Aaron kini terpaksa bergantung kepada ubat tahan sakit. Menurut doktor, tumr yang di hidapi oleh Aaron makin membesar dan memerlukan operasi. “90 minutes dlm benda ni. Doctor said I need surgery and need to be on medical leave for 2month Tapi tak boleh Sebab byk ongoing project skrg ni. So for now I’m just using the drgs to kll the pain. Working in pain. Only ALLAH knows what I feel. Korang tengok Abg senyum sana ketawa sini but korang tak nampak bila hati Abg menangis kesakita. Doc said the tumr is bigger”

Rata-rata peminat dan rakan artis, terus menerus mendoakan Aaron Aziz. “Get well soon abang. Semoga dipermudahkan..” Kuala Lumpur: Pelakon Gambit Saifullah, 36, sanggup menerima watak lelaki hmsksl atau ‘gy’ selepas mengetahui rakan pelakon gandingannya adalah Datuk Aaron Aziz. Gambit berkata pengalaman banyak bekerja dengan Aaron di dalam drama dan tahu sisi peribadi bapa tiga cahaya mata itu yang rapat dengan anak-anaknya dan keluarga menyebabkan dia berani membuat keputusan. “Saya adalah lelaki ‘straight’ (lurus) dan Aaron juga ‘straight’, jadi sedikit sebanyak saya tahu sisi peribadinya. Jadi, saya tidak begitu bimbang untuk memberi kerjasama dengannya dalam lakonan kami sebagai ‘lelaki sngsng’. “Tapi, kalau bukan Aaron yang melakonkan watak Dean Ilyas sebagai pasangan saya untuk drama ini, tak mungkin rasanya saya akan cukup berani menerima watak Izfairin itu,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Gambit atau nama sebenarnya Mohd Gambit Saifullah Rosli ditemui pada majlis sidang media secara virtual drama Suami Lelaki Pendosa untuk slot Samarinda TV3, baru-baru ini. Gambit berkata dia juga seorang yang cukup teliti terhadap setiap tawaran drama yang datang kepadanya. Ujarnya, dia bagaimanapun melihat watak Izfairin itu agak menarik dan sangat mencabar. “Saya biasanya akan meneliti beberapa perkara seperti watak, ‘team’ produksi termasuk memikirkan kesan akan diterima untuk watak itu sebagai pelakon dan selebriti. Saya ambil kira semuanya. “Jadi, kalau bukan Aaron dan pelakon itu pula adalah seseorang yang saya tidak kenal memang susah sebab saya ‘lurus’. Jika pelakon lelaki itu ada sedikit sifat lembut, akan jadi kacau,” katanya.

Menurut Gambit, apa yang dipaparkan dalam drama Suami Lelaki Pendsa adalah sebahagian realiti kehidupan masa kini. Katanya, penghasilan drama itu juga bukan bertujuan mengadili kehidupan orang. “Saya mengharapkan penonton akan bersikap terbuka untuk drama ini. Pada saya, sebagai pelakon tentunya ada limit yang boleh dilakukan sebagai individu dan muslim. Cuma, ini adalah tuntutan kerja saya. “Apapun, saya masih merasakan tidak melampaui batas melakonkan watak ini kerana paling utama ialah niat untuk membawa hala tuju perkongsian kepada penonton bahawa kisah ini wujud dalam realiti,” katanya. Drama Suami Lelaki Pendosa mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Eyra Rahman. Ia juga adalah karya adaptasi novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Imamku Lelaki Pendosa. Selain Gambit dan Aaron, drama ini membariskan pelakon lain seperti Sophia Albarakbah, Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi. Sumber, ig aron aziz