Bahan masakan dan minuman hampir ‘licin’ akibat penangan perkongsian resipi berbuka puasa oleh pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming. Dengar saja “hey, what’s up guys”, tentu ramai yang mengenali suara pempengaruh popular, Khairul Aming yang sangat dinantikan semua, khususnya pada bulan Ramadan. Seperti biasa, video masakan yang dimuat naik oleh Aming pasti akan mendapat perhatian ramai.
Penangan 30 Hari 30 Resepi, menu-menu istimewanya sebagai rujukan untuk juadah berbuka puasa, moreh dan sahur, ramai peminat ke pasar raya berdekatan untuk mencari bahan-bahan bagi menyediakan menu selepas menonton video Aming. Khairul Aming fever is back guys, ciap warganet di laman Twitter. Ramai warganet yang berkongsi cerita tidak sempat membeli bahan-bahan dan ada juga berseloroh memuji Aming yang dikatakan telah meningkatkan ekonomi negara.
Kita kena cadangkan setiap supermarket buat satu corner khas untuk bahan-bahan masakan KA 30 puasa. Ye weh cari mint leaf habis. Semalam cari laici, laici habis guys. Mantaplah boleh memajukan ekonomi negara ni,” komen warganet. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.