Rupanya tanpa kita sedar, hanya kurang dari dua minggu lagi, seluruh umat islam bakal menyambut Ramadhan yang penuh keberkatan. Bulan mulia di mana segala amalan akan menjadi ibadah dan tentunya berbaloi dengan pahala. Pasti ramai yang tidak sabar untuk menyambut bulan istimewa ini. Namun sayangnya, walaupun hampir semua umat Islam tidak sabar, hanya segelintir sahaja yang sebenarnya benar-benar sedang menyiapkan perkara penting menjelang kedatangan Ramadhan. Perkara yang bakal kami kongsikan ini sering dilupakan namun jika kita bersedia dari sekarang, ia akan memberi kesan yang cukup bermakna.
Kita wajib ganti hutang puasa yang belum dilakukan pada tahun sebelumnya. Perkara penting yang perlu anda beri perhatian sebelum menjelang Ramadhan adalah menggantikan hutang puasa. Cuba ingat semula, adakah anda masih belum menggantikan puasa pada tahun sebelum ini? Jika ada, adalah lebih baik sekiranya anda membayar hutang puasa dahulu. Dalam Islam sendiri, ia tidak pernah membebankan umatnya, begitu juga dengan berpuasa. Anda tidak boleh berpuasa di bulan Ramadhan jika anda jatuh sakit, perjalanan yang jauh, wanita yang baru bersalin dan dalam tempoh sedang haid. Namun, sudah tentunya anda perlu membayar puasa di luar bulanRamadhan dengan berpuasa dalam bilangan hari yang sama.
Tahukah anda sepanjang bulan Ramadhan, sudah tentu ramai yang sedar bahawa perbelanjaan kita akan bertambah dengan mendadak. Bermula dari keperluan berbuka puasa, bersahur, membeli pakaian baru bagi menunaikan ibadah di bulan yang mulia. Jadi, bagi mengelakkan dari anda runsing memikirkan perbelanjaan yang tinggi, alangkah baiknya jika anda merancang bajet atau perbelanjaan mulai sekarang seperti keperluan yang perlu dibeli, kos rutin bulanan dan juga kos yang tidak dirancang. Sedikit tips untuk anda, sepanjang bulan Ramadhan, anda sebenarnya tidak perlu membeli pakaian baru atau kerap membeli makanan dari luar. Anda boleh berjimat dengan memasak masakan sendiri di rumah.
Belajar memasak dari sekarang dan sediakan resipi untuk juadah buka puasa. Melihat dari perkara sebelum ini, dengan memasak menu sendiri untuk bersahur dan berbuka puasa, anda dapat berjimat dan tidak akan membebankan kewangan anda. Bagi anda yang tinggal jauh dari keluarga, jangan terus membeli menu sahur dan kerap berbuka puasa di luar kerana bajet anda pasti akan terganggu. Selagi ada masa sebelum menjelang Ramadhan, cuba belajar memasak dari sekarang dan menulis resipi dari menu yang akan anda buat untuk berbuka puasa dan bersahur. Kalau boleh, buat senarai menu masakan untuk sebulan supaya ianya lebih menyenangkan rutin harian anda.
Seharusnya jaga kesihatan diri. Apabila memasuki bulan Ramadhan nanti, anda pasti akan berpuasa penuh selama sebulan. Ini bermakna anda akan sering merasa lemah pada waktu siang dan anda juga pastinya akan sibuk dengan aktivit ibadat pada waktu malam. Jadi, bagi memastikan anda bersedia secara menyeluruh, cuba bersenam dan mula makan makanan yang lebih berkhasiat. Pastikan kesihatan anda sentiasa dalam keadaan baik bagi memastikan anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna. Semua sedia maklum bahawa pada bulan Ramadhan akan ada banyak amalan sunnah yang berlipat kali ganda pahalanya. Bagi anda yang lebih bersedia menghadapi bulan Ramadhan nanti, pastinya banyak rutin ibadah yang mantapyang akan anda lakukan. Tidak salah untuk memulakannya dari sekarang. Bermula dari berpuasa sunat pada setiap Isnin dan Khamis, membaca Al-Quran sedikit demi sedikit hingga mengerjakan ibadah pada waktu malam.
Pandai Tetapkan jadual untuk waktu tidur, berehat dan bekerja. Sepanjang bulan Ramadhan juga, banyak aktiviti yang biasa anda lakukan akan bertukar. Contohnya jadual rehat akan berkurangan, bangun tidur menjadi lebih awal, jadual waktu memasak juga akan bertukar bagi menyempurnakan ibadah puasa. Jika anda tidak membiasakan diri atau menyiapkannya dari sekarang, anda pasti akan menghadapi kesukaran. Jadi, jangan berlengah lagi, mula dari sekarang dan tetapkan jadual anda dengan lebih baik untuk waktu tidur, bekerja dan berehat supaya anda tidak terlambat. Biasanya, setiap awal tahun, kita akan membuat target pancapaian selama satu tahun. Jadi, tidak salah rasanya untuk anda juga membuat target yang terbaik sepanjang bulan Ramadhan. Contohnya, sepanjang sebulan berpuasa, anda dapat menghabiskan dan khatam Al-Quran, dapat bangun untuk menjalani ibadat pada malam hari dengan sempurna sehinggalah target anda untuk menjadi seseorang yang lebih sabar dan belajar sesuatu dengan lebih ikhlas.
Menulis target untuk sesuatu yang perlu dicapai memang nampak mudah, namun jika anda mempunyai impian, anda akan lebih teruja untuk mencapai matlamat tersebut sepanjang Ramadhan. Sama-samalah kita persiapkan diri untuk menghadapi Ramadhan yang bakal tiba ini dengan sebaik mungkin. Bersaing dalam kebaikan dan persiapakan diri dengan lebih sempurna. Selamat menjalani ibadah puasa. Sumber, murai.my.
Dah Boleh Bersedia Untuk Puasa. Kalini Ketahui Antara Amalan Puasa Sunat Yang Afdal. Puasa sunat mempunyai banyak kelebihan dalam mencari keredhaan Allah SWT. Puasa bukan sahaja boleh dilakukan pada bulan Ramadan, malah Nabi Muhammad SAW akan mengamalkan puasa secara berkala sepanjang tahun. Puasa bukan sahaja mempunyai faedah fizikal, seperti mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pembakaran lemak, tetapi ia juga menggalakkan disiplin rohani dan fokus dalam beribadat. Sebagaimana sabda Nabi: “Jika seseorang tidak menjauhi perkataan dusta dan perbuatan dusta ketika berpuasa, maka Allah tidak peduli jika dia menahan makan dan minum.” (Bukhari, 1241). Semak puasa sunat yang boleh diamalkan sepanjang tahun untuk ditandakan dalam kalender anda.
Berpuasa setiap Isnin dan Khamis dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah SWT. Aishah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berpuasa pada hari Isnin dan Khamis (at-Tirmidzi, 745). Dengan berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, kita akan dapat menunjukkan cinta dan konsisten dalam beribadah kepada Allah SWT. Ini akan dapat mengajar kita untuk istiqomah dalam beramal ibadah dalam mencari keredaan Allah SWT. Puasa dua kali seminggu bukan sahaja sunnah Rasulullah, malah dikatakan sebagai rutin yang menyihatkan tubuh badan anda. Kajian menunjukkan bahawa puasa berselang-seli membolehkan badan menyahtoksik dan meningkatkan kadar metabolisme seseorang, membolehkan pembakaran lebih banyak kalori. Hari Putih atau dikenali sebagai ‘Al-Ayyam al-Bid’ dalam bahasa Arab, ialah tiga hari berturut-turut yang jatuh pada setiap 13, 14 dan 15 hari dalam bulan Islam. Ia dipanggil Hari Putih kerana bulan purnama bersinar terang pada hari tersebut. Umat Islam digalakkan berpuasa selama tiga hari ini pada setiap bulan Islam kecuali pada 13 Zulhijjah, kerana umat Islam dilarang berpuasa pada tiga hari berturut-turut selepas Hari Raya Haji, yang dikenali sebagai hari Tashriq.
Walaupun mungkin sukar untuk terus berpuasa setelah melakukannya pada bulan Ramadan, umat Islam dianjurkan untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal, bulan yang mengikuti sejurus selepas Ramadan, untuk mencapai fadilat dan ganjaran yang besar. Diriwayatkan pula oleh Ibn Khuzaimah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Puasa bulan Ramadan mendapat pahala sepuluh sepertinya, dan puasa enam hari mendapat pahala dua bulan, dan itulah puasa sepanjang tahun. ”Maka barang siapa yang berpuasa enam hari dan bulan Ramadan akan mencatat pahala puasa sepanjang tahun. Terdapat beberapa cara untuk melakukan puasa ini, asalkan hari pertama dalam bulan itu tidak disertakan. Nabi melarang umatnya berpuasa pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha kerana hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum, berkongsi dan meraikan nikmat yang dikurniakan Allah. Sesetengah orang mungkin memilih untuk berpuasa enam hari berturut-turut serta-merta selepas hari pertama, atau berpuasa lewat dalam bulan itu, sama ada sehari selepas hari lain atau pada hari rawak pada bulan tersebut.
Sya’ban adalah bulan di mana beberapa mukjizat yang paling banyak berlaku, seperti terbelahnya bulan dan perubahan kiblat. Pada bulan ini, kita harus berusaha untuk melakukan sebanyak mungkin amalan yang boleh. Salah satu kelebihan berpuasa di bulan Sya’ban ialah ia dapat dijadikan sebagai tarbiah Ramadan, baik rohani mahupun jasmani. Ramai ulama Islam yang menjadikan malam Nisfu Sya’ban sebagai malam keampunan dan keberkatan. Umat Islam akan bermalam dengan solat sunat dan zikir sebagai cara memohon keampunan atas dosa-dosa lampau. Keesokan harinya pada 15 Sya’ban, umat Islam sering berpuasa. Namun, puasa pada separuh kedua Sya’ban tidak dibenarkan untuk berpuasa, kecuali bagi orang yang mempunyai kebiasaan berpuasa secara tetap atau yang menyambung setelah berpuasa pada separuh pertama bulan Sya’ban. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh beberapa ulama daripada Abu Hurairah (r.a) bahawa Nabi (s.a.w) bersabda: “Apabila sudah separuh Sya’ban, janganlah kamu berpuasa.” (at-Tirmidzi, 738)
Puasa pada 10 Muharram, yang dikenali sebagai Hari Asyura, menghapuskan dosa setahun yang lalu. Umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sehari sebelum dan selepas Asyura, pada 9 dan 11 Muharram. Mengapa digalakkan berpuasa pada hari tersebut? Ia adalah untuk memperingati hari Allah menyelamatkan Nabi Musa AS dan pengikutnya daripada musuh mereka. Bulan Zulhijjah dikenali sebagai bulan haji. Walaupun tidak semua daripada kita berpeluang untuk menunaikan haji, ada cara yang boleh kita mengabdikan diri dengan cara yang sama. Ibadah haji tidak akan lengkap tanpa perjalanan yang diberkati ke Padang Arafah. Bertaubat pada hari Arafah adalah cara memperbaharui janji anda kepada Allah dan memulakan semula, menjadikannya sunnah untuk berpuasa pada hari ini.
Jejaki sejarah puasa anda sepanjang tahun dengan ciri penjejak puasa dalam aplikasi Muslim Pro. Aplikasi ini juga membolehkan pengguna untuk menyemak doa harian dan membaca Al-Quran dimana jua mereka berada dan ia untuk membantu umat Islam di seluruh dunia untuk terus beribadah. Seperti yang diriwayatkan oleh Aisyah: Nabi ditanya, “Amalan apakah yang paling dicintai oleh Allah?”. Baginda bersabda: “Amalan yang paling tetap walaupun sedikit.” Baginda menambah, “Janganlah kamu memikul dirimu, kecuali amal yang menurut kemampuanmu.” (Bukhari, 6465) Ingatlah, amalan yang paling dicintai Allah ialah amalan yang konsisten walaupun kecil.