Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan memuat naik permohonan maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri ke-10 (PMX) Anwar Ibrahim sekali gus ‘menjawab’ klip video tular yang memfitnah tokoh negara itu ‘gatal’. Katanya, ekoran terlalu teruja, dia secara tidak sengaja terkena Anwar yang berada di belakangnya yang sedang bersalaman dengan orang di sekelilingnya ketika itu. “Teruja sangat jumpa DS (Datuk Seri) @anwaribrahim sampai saya terlnggr dia. OMG, maaf,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, video dikongsikan Elizabeth atau Lizzy itu mencetuskan polemik dalam kalangan warga maya. Klik sini untuk lihat video.
Ada antara mereka meminta Lizzy untuk menurunkan video berkenaan. “Harap padam video ini. Nanti jadi bahan politik. Kasihanlah pada PMX, kena fitnah hari-hari,” kata seorang pengguna Instagram. Segelintir pengguna lain pula tertanya-tanya ‘siapa lnggr siapa’ sebenarnya. Lizzy turut memberi reaksi kepada pertanyaan seorang pengguna berhubung situasi itu yang menuduhnya “sengaja.” Lizzy kemudian menjawab, kejadian yang berlaku sekelip mata itu disebabkan dia cuba mendapatkan sudut video Anwar dengan lebih dekat. “Saya cuba dapatkan close up sikit. Tapi saya tak terfikir DS nak salam orang di depan saya. Ya ini laju (sepantas kilat) gl sebab ramai orang. Ini pertama kali dapat jumpa, baru saya tahu situasinya macam mana,” jelasnya.
Kredit: Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.