Tidak sah zakat fitrah seseorang individu yang memakan beras mahal (beras basmathi) jika membayar kadar zakatnya berdasarkan beras biasa. Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, sekiranya memakan beras mahal wajib seseorang itu membayar zakat berdasarkan apa yang dimakannya.
Sebagai contoh katanya, jika kadar zakat fitrah bagi mereka yang memakan beras basmathi adalah RM21 setiap seorang, maka wajib dia membayar dengan amaun tersebut. Manakala, jika seseorang itu makan beras mahal dan juga ada ketikanya makan beras murah, maka kena lihat yang mana dia lebih banyak makan.
Jika lebih banyak makan beras mahal maka wajib zakat fitrah dibayar untuk beras yang mahal. Jika banyak yang murah, bayarlah mengikut kadar zakat beras murah. Bagaimanapun, jika dia ragu-ragu sama ada banyak makan yang mahal atau yang murah, adalah disunatkan bayar zakat fitrah dengan kadar yang mahal,” katanya pada satu sesi ceramah baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Azhar berkata, kita tidak sepatutnya berkira untuk membayar zakat fitrah kerana kadarnya adalah rendah dan ia adalah setahun sekali. Jika kita bayar zakat RM7, bagilah RM10 yang lebih itu kira sedekah kerana Allah simpan di sisiNYA sedekah itu jadi sebesar Gunung Uhud,”ujarnya.. Kredit KOSMO ONLINE. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.