TULAR video mengenai pasangan warga emas sedang berjalan kaki di tepi lebuh raya semata-mata untuk berjumpa dengan cucu. Kehadiran mereka dikesan anggota polis, dalam satu kejadian di lebuhraya Cisumdawu, di Jawa Barat, Indonesia, pada Rabu. Video tersebut dikongsi di akaun Instagram @polressumedang, Selepas disoal polis, pasangan warga emas itu mengaku hedak ke Rancakalong untuk bertemu dengan anak dan cucu mereka. Menerusi keterangan video, mereka meluahkan kerinduan terhadap cucu dan sanggup berjalan kaki dari rumah di Jatihurip, Sumedang Utara.
Pasangan itu memilih berjalan kaki di tepi lebuh raya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar tambang. Polis Sumedang mengarahkan kedua-duanya berehat dan kemudian membawa mereka ke hentian pengangkutan awam. Menurut kenyataan pasangan itu lagi, mereka sebenarnya telah berkumpul sekeluarga. “Difahamkan, kedua-dua warga emas itu mengalami hilang ingatan,” tulisnya. Malah, keluarganya juga telah menziarah pasangan itu pada Hari Raya, baru-baru ini. Namun beberapa hari kemudian, kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk ke rumah anak dan cucu di Rancakalong.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.