Sebelum ini tular khabar angin yang mendakwa pempengaruh media sosial, Syifa Melvin sudah berbadan dua. Terbaharu, menerusi sesi soal jawab (Q & A) yang dilakukan di Instagram Stories, Syifa turut menerima pertanyaan mengenai kehamilannya daripada warganet. Tidak mengiyakan atau menafikan soalan tersebut, sebaliknya adik kepada pelakon Syatila Melvin itu hanya memohon doa sahaja.
Sementara itu, menerusi satu lagi soalan yang diterima oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal, Safawi Rashid itu, netizen bertanya mengenai kekerapannya yang sejak akhir-akhir ini dilihat sering makan makanan yang masam.
Kenapa lately ini Syifa suka makan yang masam-masam? Haha saja nak tanya-tanya.
Jawab Syifa, dia sememangnya sudah mengemari makan makanan yang masam sejak dari kecil lagi. Malah disebabkan itu doktor memaklumkan giginya menjadi semakin nipis. “Suka makan ini (masam-masam) dari kecil besar sampai tua bangka. Gigi sampai nipis tau dentist kami habaq (beritahu). Terdahulu, warganet mendakwa kelihatan ‘baby bump’ pada Syifa selepas tular sepotong video di laman TikTok ketika dia sedang bermain ‘money machine’ di sebuah festival jualan sehinga mengundang perhatian ramai.
Untuk rekod, Syifa dan Safawi sah menjadi suami isteri pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di sekitar ibu kota. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.