Musim panas ini antara perkara yang digeruni adalah kemunculan ular di tempat-tempat tersembunyi yang lembap seperti dalam kereta atau bilik mandi. Ia kerana ular merupakan haiwan berdrh sejuk dan akan keluar dari sarangnya jika terlalu panas. Baru-baru ini, seorang lelaki terkejut apabila seekor ular sawa seberat 10 kilogram (kg) ditemui dalam mangkuk tandas rumahnya di Kampung Wakaf, Kelantan.
Menurut laporan Astro AWANI, kemunculan reptilia sepanjang dua meter itu disedari oleh lelaki berkenaan selepas dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari. Pegawai Pertahanan Awam Pasir Puteh, Kapten (PA) Nik Mohd Nor Nik Mat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.05 petang. “Sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota termasuk seorang pegawai telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menangkap ular sawa berkenaan.
Setiba di lokasi, kami dapati ular tersebut sedang berlingkar di dalam tandas,” katanya. Ular sawa berkenaan berjaya ditangkap oleh anggotanya menggunakan penjerut, pengepit dan pengait. Selain itu, difahamkan setakat Januari hingga Ahad, sebanyak 60 ekor ular sawa telah berjaya ditangkap. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.