Pelakon jelita, Fasha Sandha tampil membalas dakwaan warganet yang mengatakan dia sedang sakit kerana penampilannya yang kurus. Menerusi hantaran di TikTok, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan membalas komen yang ditinggalkan oleh seorang individu di videonya sebelum ini. Pelakon berusia 39 tahun itu menjelaskan dia berada dalam keadaan sihat dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Aktres tersebut berkata demikian di kapsyen video yang memaparkan dia sedang menikmati salad.
“Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang asyik kata saya sakit. Alhamdulillah saya sihat.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan pelakon drama Rampas Cintaku itu, malah ada juga yang berkata Fasha persis anak dara. Dalam pada itu, mereka juga menasihatinya agar tidak mempedulikan kritikan negatif.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.