Pelakon dan usahawan Fazura akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua dalam masa terdekat. Ketika ditemui Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, bagaimanapun berkata dia hanya berserah kepada Tuhan. Tambahan lagi, aktres itu juga kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem dan drama yang bakal keluar tidak lama lagi. “Sebenarnya soalan tentang zuriat ini agak peribadi buat saya. Rezeki Allah itu sudah tentu saya tidak akan tolak, saya memang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata kedua. Tambah pula sekarang saya sedang menjalani penggambaran filem yang tidak boleh saya cerita dengan lebih lanjut, Insya-Allah bulan Ogos ini saya akan buat comeback dengan drama siri.
Ada rezeki Insya Allah kami terima. Tambah pula dengan kekangan kesibukan kerja sekarang, saya hanya teruskan kehidupan seperti biasa. Kalau ada rezeki Insya Allah.” Fazura berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran program Innovathon yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur pada Selasa. Dalam masa sama, isteri kepada aktor Fattah Amin itu menjelaskan adakalanya dia berasa kasihan melihat anak sulungnya, Nur Fatima Aisya yang dilihat keseorangan dan sering ingin mencari kawan.
“Saya lihat Fatima pun kasihan dia seorang diri sekarang. Dia kalau dekat rumah ada sahaja cakap nak pergi rumah sepupu sebab nak berkawan. Saya dan Fattah memang bersedia pada bila-bila masa untuk menimang anak kedua. Doakan kami tapi kalau nak cakap kami merancang atau tidak, saya tidak boleh beri komen. Insya-Allah kalau ada rezeki, kami tidak tolak. Macam semua orang tahu, masa Fatima dulu saya hanya berkongsi wajah anak selepas tiga atau empat bulan selepas bersalin. Jadi, mungkin kalau anak kedua nanti saya tetap akan melakukan perkara yang sama. Tidaklah sampai tunggu masa yang lama sangat untuk berkongsi.
Saya mahu berkongsi dengan orang ramai yang sudah mendoakan kami. Bila orang doakan kita, kita kena menghargai dan berterima kasih.” Untuk rekod, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 27 November 2017 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.