Sudah sebulan mengikat tali pertunangan, penyanyi Shila Amzah mengakui dia dan kekasihnya yang juga pempengaruh media sosial, Ubai berdepan banyak ujian sejak bertunang. Menerusi temu bual bersama Melodi, Shila berkata ada pihak yang berani menghasutnya dengan menghantar mesej di Instagram serta menentukan siapa yang sesuai untuk jadi pasangannya. Malah, ada yang mendoakan hubungannya bersama Ubai tidak kesampaian. “Misi mencucuk jarum? Nak kata pasal menghasut kami berdua banyak dapat pesanan langsung yang pelik-pelik. Siap ada cakap patut Sha dengan si polan dan si polan, tapi kita lagi tahu pasangan kita macam mana.
“Dan semestinya Sha akan ‘koyak’, sejak berkawan dia (Ubai) yang paling tahu. Ada yang sampai mendoakan hubungan ini tidak lama,” katanya. Dalam pada itu, Ubai mengakui sejak dia berkawan dengan Shila pelbagai ujian dan dugaan yang datang namun dia menganggap ujian itu mengukuhkan lagi hubungan mereka. “Jangan cakap bertunang, ujian dan dugaan kehidupan ini pun sejak saya berkawan dengan Sha dan umumkan tentang hubungan kami. “Itu dan ini orang cakap, ada yang mendoakan tidak lama, cuma kita doakan yang baik-baik. Ujian, DM makin kencang. Kalau datang tawaran pekerjaan tidak apa, ini datang hinaan dan kritikan, kenapa?,” jelasnya.
Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.