KEMENANGAN bersejarah Bell Ngasri di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) pada 21 Julai lalu menjentik hati pemilik syarikat kenderaan DTC Motors untuk menghadiahkan sebuah kereta kepada aktor berkenaan. Afendy Wahid berkata, dia mengambil keputusan menaja selepas melihat tiada sebarang pihak berbuat demikian selain merasakan pelakon dan pelawak itu layak menerima hadiah tersebut. “Sabtu lalu saya ada berborak dengan kawan di pejabat tentang kemenangan Bell Ngasri di ABPBH35… terdetik pula masa itu nak hadiahkan sebuah kenderaan memandangkan tiada orang menajanya.
“Nak dijadikan cerita kawan saya ada hubungi Isnin lalu selepas mendengar penyampai Hot FM memaklumkan jika ada pihak mahu menaja Bell. Terus cepat-cepat kami hubungi radio dan maklumkan nak taja… semuanya secara spontan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. Enggan mendedahkan butiran mengenai kereta bakal diterima pelawak berkenaan, Afendy memaklumkan kenderaan itu bernilai RM200,000. Jelas Afendy, kereta itu nanti pasti akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada Bell tetapi buat keluarganya.
Majlis penyerahan kenderaan itu akan diadakan pada Isnin ini. “Buat masa ini kami rahsiakan dulu… semuanya akan terungkap pada hari Isnin nanti. “Anggaran harga dalam RM200,000 tapi tak termasuk roadtax dan insurans… Tapi kita tapau habis kira siap dengan jaminan, dan tambah beberapa aksesori. Semua siap dan Bell tak payah buat apa-apa pun. “Kereta kami mestilah kereta import sesuai dengan dia dan keluarga. Bolehlah dia buat ambil anak sekolah, meriah sikit,” ujarnya. Dalam pada itu, Afendy mengakui anak mereka berkawan rapat memandangkan berada di satu sekolah yang sama namun itu bukan penyebab untuknya memberi kereta kepada pelawak berkenaan.
Malah mengakui dirinya sememangnya meminati pelawak berkenaan sekali gus turut turut menyumbang undi bagi kemenangannya di ABPBH35. “Kebetulan, tapi jangan salah anggap yang kita nak taja macam dah rancang atau apa. Itu semua kebetulan yang anak kami kenal satu sama lain dan berkawan rapat. “Mereka satu sekolah yang sama tapi berlainan kelas. Saya memang minat lakonan Bell… saya pun ada mengundi ABPBH35,” luahnya. Pada 21 Januari lalu, Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, mencipta sejarah apabila menerima trofi berkenaan selain memenangi kategori Artis Komedi Popular. Ia merupakan pencalonan kali pertama Bell menerusi anugerah itu sejak bergelar pelakon.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.