Sebagai tanda terima kasih kerana melahirkan ramai cahaya mata, seorang lelaki membuat kejutan menghadiahkan sebuah supercar jenis Ferrari berharga RM1.2 juta kepada isterinya.Berdasarkan video tular di media sosial, orang ramai dilihat berkumpul di tepi jalan di Sunway dekat sini untuk melihat kereta tersebut yang dibawa dengan treler dan dihiasi belon pelbagai warna.
Menerusi video sama, treler yang membawa kereta tersebut juga dikatakan telah menghalang jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas. Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut.
Bagus suami beri hadiah begini kepada isteri. Dia (isteri) layak memiliki semua ini,” kata seorang pengguna. Orang kaya tak apalah, boleh belikan hadiah mahal-mahal,” kata seorang warganet. Setakat ini, video tersebut telah menerima lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen .
Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.