SELEBRITI sensasi Indonesia Lucinta Luna mendedahkan hubungannya dengan tunang iaitu Arten Boltian atau Alan semakin renggang akibat tekanan dan cemuhan masyarakat terhadap mereka. Lucinta atau Muhammad Fatah, 34, juga memadam semua foto bersama Alan termasuk gambar pertunangan mereka yang diadakan di Bali baru-baru ini. “Jangan pernah menghancurkan hubungan sesama manusia kerana dunia ini berputar dan balasan (perbuatan jahat) itu sentiasa ada. “Semua orang mempunyai rahsia dan tidak mungkin saya bercakap kepada seluruh dunia… Kita semua mempunyai agama yang saling menyokong antara satu sama lain,” Katanya.
Dalam pada itu, Lucinta mengakui sudah penat dengan cemuhan masyarakat yang tidak sudah-sudah mengungkit kisah silam dirinya. Lucinta berkata, disebabkan kritikan itu juga dia mengalami gangguan kesihatan mental. “Saya sudah penat dihina dan dibuli oleh warganet sehingga menyebabkan saya mempunyai masalah kesihatan mental. “Saya bukan manusia sempurna yang sewenang-wenangnya dipijak… tetapi saya selalu berusaha untuk menjadi orang berguna,” katanya. Lucinta berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Sebelum ini, tunang Lucinta mengamuk apabila pengacara Deddy Corbuzier mempersoalkan mengenai jantina bakal isterinya itu dalam sebuah siaran podcast yang dimuat naik di laman YouTube milik Deddy. Dalam rakaman video yang tular, Alan tidak dapat menerima hakikat apabila Deddy memberitahu Lucinta merupakan transgender. Lucinta juga memberitahu dirinya kecewa apabila dituduh sebagai transgender, termasuk ramai warganet yang menghantar mesej kepada Alan untuk membongkar identiti sebenarnya.
Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan dia dan Alan sudah mengikat tali pertunangan dan mereka mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan. Bagaimanapun, perkara itu mendapat tentangan daripada warganet yang kurang senang dengan tindakan Lucinta. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.