Sudah namanya golongan selebriti, pastinya setiap gerak geri mereka mencuri perhatian ramai peminat bukan sahaja di luar, malah, setiap yang dikongsikan mereka di media sosial juga akan mendapat perhatian warga netizen.
Setiap yang dikongsi selebriti bukan sahaja mendapat pujian, tidak kurang juga cerita dikongsi mendapat kecaman atau komen melampau serta bersikap buli siber. Selebriti juga sering menerima kecaman dari warga netizen di media sosial.
Penyanyi Baby Shima mengakui dia tidak pernah ambil kisah dengan komen atau kecaman netizen di media sosialnya. Menurutnya, jika dia terbaca pun komen atau kecaman netizen, dia anggap seperti angin lalu sahaja.
Sebab saya tak boleh kawal orang nak cakap apa. Kalau boleh tidak payah baca komen atau buat tidak tahu sahaja Alhamdulillah, emosi dan mental saya sikit pun tidak terganggu dan ia membuatkan saya lebih kuat menghadapi pelbagai situasi,” katanya.
Bagaimanapun, kata Shima, jika kecaman netizen n itu sampai pada tahap melampau hingga bersikap buli siber, dia tidak akan berdiam diri. Sebagai selebriti, dia tidak akan baca komen yang negatif. Kalau terbaca pun sudah tiada masalah. Tapi jika sampai tahap sudah sampai tahap melampau dan buli siber, saya akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.