Meskipun Puteri Sarah Liyana sudah berpisah dengan pengarah, Syamsul Yusof namun masih ada individu yang masih menyimpan rasa kurang senang terhadap aktres itu. Terbaru, Puteri Sarah meluahkan rasa marah terhadap bekas menantu kepada pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Wiwie Darvienda Mazweena yang didakwa masih ‘menyalak’ di akaun Instagram (IG) miliknya. Dakwa aktres berumur 37 tahun, Wiwie masih menjaja kisah dirinya dan Syamsul. Tegas Puteri Sarah, wanita terbabit sepatutnya bersyukur apabila dia membuat keputusan menarik saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.
“Pagi-pagi bangun ramai warganet yang kongsi dengan saya. Sejenis manusia bila dah elok semua diselesaikan, dah tarik saman masih nak menyalak. “Saya sudah selesai dengan Shamsul, dah elok (hubungan) dan kami gembira dengan kehidupan sendiri. Dan awak entah dari mana bercakap tentang kami? Meroyan dekat close friends kau? Dah tarik saman dah cukup baik, kau patut bersyukur tetapi tidak! Masih nak menjaja cerita. Tak tau nak publisiti ke apa.
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia akan mengambil tindakan undang-undang malah akan membuat laporan kepada majikan Wiwie. Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, dan Puteri Sarah akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur. Pada Jun tahun lalu, Puteri Sarah memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang didakwa kekasih Syamsul ketika itu.
Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah injunksi inter-parte bagi kedua-dua belah pihak yang antara lainnya menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah serta keluarganya, keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul. Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.