Seekor kucing yang selamat selepas terlibat dengan tragedi pesawat ringan terhempas di Elmina baru-baru ini dilaporkan sudah pergi menghadap illahi. Menerusi hantaran dimuat naik doktor yang merawat Oyen, Dr Zul Erwan di Instagram (IG), kucing berkenaan pergi akibat daripada jangkitan virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV). “Dukacita dimaklumkan, Oyen Elmina telah pun pergi untuk selamanya hari ini. Oyen yang didapati positif virus FIV (AIDS kucing), membuatkan sistem immune badan Oyen terganggu.”
Difahamkan, komplikasi luka di bahagian belakang Oyen telah menyebabkan jangkitan merebak dengan sangat cepat sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan yang sangat lemah. “Komplikasi luka yang berada di tulang belakang membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak. Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin tetapi Oyen tidak dapat bertahan.” Di akhir hantarannya itu, Dr Zul menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Oyen. Terdahulu, tularnya berita mengenai seekor kucing diberi nama Oyen yang ditemui berhampiran lokasi nahas pesawat terhempas yang mengorbankan 10 nyawa oleh petugas KKM.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.