Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Tesla menafikan dakwaan yang mengatakan faktor dia bernikah sekali lagi adalah disebabkan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari tidak mampu memberikan cahaya mata. Menurut Abang Tesla, soal zuriat bukan menjadi punca utama memandangkan isteri pertamanya sebelum ini pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Menerusi temu bual dalam program poadcast bersama Caprice, Nurmajdina berkongsi perasaannya sewaktu mendapat tahu berita suaminya mempunyai wanita lain dalam hidup.
Menurut Nurmajdina, dia tidak berasa apa-apa sepanjang suaminya berkenalan dengan wanita tersebut. Ini kerana, layanan yang diberikan oleh suami pada waktu itu sama sahaja. “Sepanjang tempoh dia kenal dengan perempuan itu, saya tak rasa apa-apa sebab layanan dia masih sama dekat saya. Bila dia beritahu, baru saya tahu mengenai perkara tersebut. Selepas poligami, suami layan saya xtra lagi.” Disoal mengenai perasaan selepas mendapat madu, Nurmajdina berkata dia berasa gembira dan ada kalanya berasa sedih.
“Saya gembira. Tapi tak nak cakap lebih. Sebab kadang-kadang ada perasaan sedih tetapi saya terima. Saya cari Allah. Masa itu saya tak bagitahu sesiapa pun. Kawan-kawan pun tak tahu. Tiga minggu itu saya selalu menangis dan cakap dengan Allah. Saya buat solat istikharah dan minta apa yang terbaik.” Tambah Nurmajdina, dia berasa tenang setiap kali membuat solat istikharah. “Saya tak kisah orang nak cakap apa-apa sahaja. Saya okay ja. Saya kuat hasil didikan ibu bapa. Mungkin keluarga saya terkesan tapi mereka tak tunjuk sama seperti saya. Malah, mereka suruh saya cakap baik-baik. Saya tak pernah rasa anxiety mahupun depress. Saya pernah jumpa madu dekat mahkamah tapi tak pernah kopi-kopi. Saya tak ada masalah dan boleh duduk makan bersama-sama dengan madu.
Terdahulu, Abang Tesla turut berkata faktor dia bernikah sekali lagi adalah sesuatu perkara yang sulit dan peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.