Ramai yang suka tengok hubungan baik antara Nabila dengan Sharnaaz, tapi ada juga yang tanya pasal Engku Emran

HUBUNGAN baik pelakon Sharnaaz Ahmad bersama bekas isterinya iaitu Noor Nabila sentiasa menerima pujian ramai walaupun mereka telah berpisah sejak tiga tahun lalu. Malah baru-baru ini, kehadiran Sharnaaz di majlis ulang tahun kelahiran anak lelakinya Jebat Jayden sekali lagi menarik perhatian warganet. Rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan memuji sikap dua personaliti ini yang dilihat berusaha sebaik mungkin bagi menggembirakan anak tunggal mereka itu.

Bukan itu sahaja, sikap keluarga Nabila yang memberi layanan baik terhadap Sharnaaz juga mendapat pujian. “Sharnaaz dengan Nabila sangat profesional, masing-masing nak bahagiakan anak. “Nampak muka ayah Nabila panggil Sharnaaz masuk sekali bergambar. Bagus keluarga ini,” antara komen warganet. Bagaimanapun dalam kemeriahan sambutan ulang tahun kelahiran itu, kelibat suami Nabila iaitu Engku Emran tidak kelihatan.

Ia sekaligus mencetuskan tanda tanya peminat memandangkan sebelum ini terdapat khabar angin yang mendakwa rumah tangga pasangan berkenaan sedang bermasalah. “Engku Emran tak ada ke? Dah memang tak nampak Engku Emran dengan Nabila. Betul ke dah tak ada apa-apa? “Mana ayah tiri Jebat? Tak ikut sekali ke?” antara komen warganet. Untuk rekod, Nabila dan Emran bernikah pada 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Nabila selepas berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan dengan Sharnaaz, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun. Sementara itu, Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 14 tahun. Emran kemudiannya pernah berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan berpisah pada 2020. Sumber: Mstar.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.