KEBANYAKANÂ premis perniagaan sering meletakkan papan tanda larangan membawa haiwan masuk bagi mengelakkan kebimbangan dan gangguan kepada pengunjung. Namun masih terdapat rakyat Malaysia yang bersikap penting diri dan tidak mengutamakan keharmonian dalam masyarakat. Seperti yang berlaku di sebuah kedai dobi di Krubong Perdana Melaka baru-baru ini, seorang pelanggan dilihat membawa masuk anjing peliharaannya ke dalam premis berkenaan. Klik sini untuk lihat video.
Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, anjing tersebut berada di dalam raga milik tuannya. “Buat masa ini jangan cuci baju di sana, kedai kena samak dulu… dah maklumkan tuan kedai,” katanya menerusi kapsyen video. Pun begitu, perakam video mendakwa anjing berkenaan dilihat berkeliaran di dalam premis sebelum diletakkan di dalam raga pakaian. Perakam video yang merupakan seorang lelaki itu kemudiannya bertindak menegur individu berkenaan.
Namun pemilik anjing itu dilihat mempertikaikan teguran berkenaan dan memberikan alasan dia pernah melihat individu lain membawa kucing ke premis sama. Video tular tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya selepas dimuat naik ke aplikasi TikTok pada Ahad. Ramai yang kecewa kerana kejadian itu mencerminkan masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang masih tidak memahami sensitiviti agama. “Dia cuma tak faham sensitiviti dan dia tak tahu tak boleh bawa anjing ke tempat umum.
“Bertenang, letak signboard binatang peliharaan tak boleh bawa masuk. Pemilik kedai dobi kena tampal kat dinding depan besar dilarang bawa binatang dalam premis,” kata beberapa warga maya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.