Disebabkan kos barangan asas yang kian meningkat, kebanyakan pekedai telah menaikkan harga makanan di restoran mereka demi menampung bisnes masing-masing Pun begitu, tindakan seorang pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Sebang, Alor Gajah baru-baru ini dipuji selepas tular nasi lemak ayam yang dijual kepada murid-murid di sekolah itu hanya bernilai RM2 sepinggan.
Menurut Sinar Harian, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azri Khairi Juaher berkata, menu nasi lemak ayam goreng yang disertakan timun, sambal dan telur dadar itu dapat membantu murid-murid terutamanya keluarga B40 untuk nikmati makanan dalam kuantiti yang baik dengan harga yang sangat berpatutan. “Ini bukanlah menu yang baharu disediakan, namun sepanjang lima tahun pengusaha kantin itu beroperasi di sekolah ini, boleh dikatakan dia berniaga sambil bersedekah.
Selain itu pengusaha juga sering kali memberikan sumbangan dan sokongan terhadap setiap pembangunan sekolah,” katanya. Dalam pada itu, pengusaha kantin yang enggan dikenali ini juga berkata, dia masih dapat keuntungan RM1 dengan menjual menu RM2 itu. “Kos sepinggan RM1, jadi saya masih ada untung RM1. Cukuplah nak untung banyak mana lagi. Kita kena pandai dan kreatif menyediakan menu supaya murid-murid tak bosan menu sama setiap hari,” katanya.
Sumber: Sinar Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.