Siapa tak kenal dengan pengacara popular ini. Sempena ulang tahun kelahiran anak lelakinya yang ke-18, pasangan selebriti Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida menghadiahkan kereta mewah Mercedes Benz kepada Muhammad Reeve Damien. Emylia menerusi perkongsian di TikTok berharap anak lelakinya menjadikan hadiah itu sebagai pembakar semangat untuk lebih gigih menimba ilmu dalam segala aspek kehidupan. “Kepada Damien, anda menjadikan setiap tahun lebih bersinar dan terus bercahaya. Semoga Damien terus menyerikan kehidupan kita sekeluarga dengan hati yang mulia dan senyuman itu.
Katanya ‘Terima kasih kerana menjadi anak yang baik selama ini dan sebagai ibu, kehadiran Damien ibarat satu rahmat. Belajar rajin-rajin dan semoga Damien akan lebih menyayangi mummy dan daddy lagi,” katanya Emylia. Video berdurasi lebih tiga minit itu memuatkan kejutan sekitar ulang tahun Damien yang ke-18. Malah, Damien juga turut menerima kek hari jadi di pusat pameran kereta jenama premium dari Jerman itu. “Adakah anda teruja? Mummy dan Daddy ada kejutan buat Damien sempena hari jadi pada tahun ini. “Yang paling penting adalah ucapan terima kasih dan penghargaan buat Daddy yang bekerja keras selama ini bagi memberikan yang terbaik buat anak-anaknya,” kata Emylia lagi.
Selain Damien, rumah tangga AC dan Emylia turut diserikan dengan kehadiran anak perempuan mereka, Fea Eryssa, 15. Menganggap jodoh bersama AC sebagai rahmat dan kombinasi terbaik kurniaan Allah, Emylia sentiasa komited untuk membantu suami menggapai kejayaan baik dalam kerjaya mahupun bidang perniagaan. Sumber, harian metro
Ini bukan saya, Lentik saya lain
Kuala Lumpur: Akibat tular video lelaki sedang menari mirip wajahnya, pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Datuk AC Mizal, 50, tak henti-henti menerima notifikasi di telefon selama dua hari. AC atau nama sebenarnya Mizal Zaini menerusi hantaran di media sosial dengan selamba bergurau bahawa persembahan tarian itu adalah pendapatan sampingannya. “Saya terpanggil menjawab banyak pertanyaan sampai anak saya sendiri cakap tak pernah nampak bapanya pakai singlet hitam. “Ini bukan saya. ‘Lentik’ saya lain, saya tak cukur ketiak okay! Okay siapa sebarkan video ini? Saya terpaksa cari ‘job’ sampingan. Tak guna ada bakat kalau tak tonjolkan.
Dua hari notifikasi telefon tak berhenti-henti. Ingat apa, sudah pecah lubang (kantoi) saya buat ‘job’ tepi itu selain dari hos. Hebat tak? Demi mencari rezeki, tambah pendapatan,” katanya. Menerusi hantaran itu, AC turut memuat naik video tarian lelaki tidak dikenali itu yang mempamerkan tarian lentiknya di sebuah acara. Individu terbabit turut menggunakan lagu Fiona nyanyian 4U2C sebagai muzik latar. Terdahulu, video berkenaan yang dikongsi di TikTok menjadi perbualan apabila wajah lelaki itu mirip AC.