Peminat K-Drama, Running-Man atau K-Pop yang dah lama meminati industri hiburan negara tu mesti sedikit sebanyak dah faham atau familliar dengan beberapa perkataan yang sering diutarakan terutamanya dalam drama mereka. Oleh itu, kali ini kami nak kongsikan dengan anda semua 10 perkataan selain saranghae dan Annyeonghaseyo yang dijamin kebanyakan peminat drama Korea tahu dan faham.
1 Bae-go-pah?/ 배고파?
Perkataan ini bermaksud adakah awak lapar dan kita sering dengar ia diutarakan oleh watak utama lelaki kepada pasangannya. Ini kerana drama dari negara itu sering menunjukkan babak di mana mereka makan. Kita yang tengok ni pun terliur sama kan.
#2 Jo-ah-hae/ 좋아해
Frasa ini pula memberi makna saya suka awak. Kalau ada babak di mana watak utamaconfess dekat lelaki atau perempuan yang dia suka tapi cinta ditolak, dengan kita-kita sekali yang frust dan rasakan kekecewaan tu.
3 Gwen-cha-na/괜찮아
Yang ini pula bermaksud okay dan boleh juga digunakan untuk bertanya “Adakah awak okey?”
4 Mi-ahn-hae/ 미안해
Ha, kalau watak utama tu nak minta maaf dengan kawan atau kekasih mereka,confirm diorang akan guna ayat ni supaya kesalahan dimaafkan. Mungkin korang boleh try cakap macam ni dekat gf atau bf korang jugak, mana la tahu dorang lembut hati ke kan.
5 Jae-bal/제발
Perkataan yang bermaksud tolong ini pula sering digunakan jika seseorang watak tu mahu meminta pertolongan kepada rakan-rakannya. Namun, jae-bal ini membawa tona suara yang agak terdesak dan ia dianggap tak begitu sopan jika digunakan ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.
6 Sunbae/선배
Perkataan sunbae ini bermakna senior dan ia sering digunakan untuk merujuk kepada senior tempat kerja atau universiti yang lebih lama bekerja atau belajar di situ daripada kita. Manakala hoobae pula ialah junior dan digunakan dalam konteks yang hampir sama seperti sunbae.
7 Nam-ja-chin-goo/남자친구
Teman lelaki dalam bahasa Korea dipanggil nam-ja-chin-goo manakala teman wanita pula ialah yu-ja-chin-goo atau 여자친구. Ha, korang dah ada nam-ja-chin-goo ke belum ni?
8 Jal-ja/잘자
Kalau korang nak ucapkan selamat malam pada kawan atau boyfriend korang, boleh la cuba guna perkataan Korea yang bermaksud sleep well atau selamat malam ini. Mesti berbunga-bunga hati dorang nanti kan.
9 Heng-bok-hae/ 행복해
Tak tahu macam mana nak cakap korang bahagia dalam bahasa Korea? Jangan risau, guna je frasa yang bermaksud saya bahagia ini.
10 Yak-sohk-hae/ 약속해
Perkataan Korea ini pula membawa makna janji dengan saya. So, lepas ni, kalau nak berjanji dengan member tu, boleh la try cakap dalam bahasa Korea ini pula. Perkataan Korea mana yang selalu korang dengar dan guna? Sumber: lobak merah.
Rupanya Teknik Gaya Solekan Ini Buat Wajah Nampak Tua. Ketahui 6 Teknik Yang Patut Dielakkan Ini.
Solekan yang tebal membuatkan seseorang nampak tua dan mengurangkan lembapan pada wajah. Pernah terfikir kenapa selebriti Korea sentiasa kelihatan muda dan gebu? Malah kulit mereka yang licin mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh hati. Senang kata, selain pengambilan makanan seimbang, mereka turut merawat kulit menggunakan produk complexian yang berkualiti. Warna bibir mereka juga cerah dan glossy, eyeliner tidak terlalu tebal, dan tak perlu bulu mata palsu yang memberatkan mata. Jelas terbukti cara solekan tertentu boleh mempengaruhi penampilan wajah seseorang.
Secara teorinya, pemakaian makeup yang ringan dan melembabkan membuatkan wajah kelihatan skin-like, natural, dan muda. Namun awas, beberapa gaya solekan boleh menyumbang kepada penampilan muka yang tua, termasuk;
1. Bibir matte
Keunggulan lipstik matte adalah daya ketahanannya yang berkualiti tinggi dan tidak perlu disapu berulang kali, lebih-lebih lagi ia tidak melekat pada topeng muka yang dipakai. Akan tetapi, lipstik matte cenderung lebih kering berbanding warna bibir dengan finish satin, creamy atau glossy. Gincu matte juga boleh membuatkan garis-garis di bibir namak lebih jelas dan menyebabkan pengelupasan. Bagaimanapun, sebilangan pakar solekan berpendapat jika menggunakan lip balm sebelum mengaplikasi lipstik matte, ia boleh melembapkan bibir seharian.
2. Lipstik warna gelap
Warna lipstik seperti ungu, burgundy, atau merah gelap, boleh membuat wajah kelihatan lebih tua secara jelas. Jika anda lebih sukakan lipstik berwarna bold untuk kegunaan setiap hari tidak menjadi masalah, tetapi seimbangkannya dengan meletakkan sedikit foundation pada bibir untuk mengubahnya menjadi ringan dan freshy look. Pemakaian solekan pada mata juga perlu diambil kira, agar wajah tidak kelihatan heavy look makeup.
3. Base makeup berlapis-lapis
Penggunaan base makeup seperti foundation, BB Cream, cushion, compact powder, dan loose powder yang terlalu tebal dan berlapis-lapis akan membuat wajah kelihatan seperti memakai topeng dan kelihatan lebih matang. Ia sekali gus menimbulkan garis-garis kedutan yang jelas, terutamanya jika finishing touch-nya adalah matte. Solekan yang tebal boleh membuatkan kulit berminyak malah berkerak, lebih-lebih lagi apabila terdedah dengan sinaran matahari.
4. Contouring berlebihan
Masih ingat dengan trend contouring yang tular pada tahun 2015-2016? Ia dikenali sebagai solekan ala Amerika dan Kardashian squad. Walau bagaimanapun, gaya makeup yang melibatkan banyak bronzer atau contouring palette ini adalah cara mudah untuk membuat wajah kelihatan lebih tua dari usia asal. Jika kamu ingin menggunakan contour untuk menampilkan wajah yang runcing, sebaiknya tidak perlu memakai solekan terlalu tebal dan blend dengan baik.
5. Smoky eyes
Fenomena solekan smokey eyes sohor terutamanya di era 90-an dan 2000 malah sehingga kini masih ramai yang menggunakan gaya makeup ini bukan sahaja untuk tema majlis, bahkan kegunaan sehari-hari. Walaupun ingin tampak lebih anggun dan seksi seperti Kate Moss, Keira Knightley, atau Britney Spears namun risikonya, wajah akan tampil kelihatan tua. Namun, masih ada solekan pembayang mata yang boleh membuatkan wajah berseri dan muda seperti warna nude, merah jambu, atau pic.
6. Bulu mata palsu atau extension tebal
Jarang sekali melihat orang Korea memakai bulu mata palsu atau eyelash yang tebal. Ini kerana, mereka lebih gemar akan gaya ‘no makeup dan natural beauty’ tanpa berlindung di sebalik lapisan makeup. Berbeza dengan gaya solekan ala Amerika Syarikat, Indonesia, Arab Saudi yang sering tampil dengan penggunaan bulu mata palsu yang tebal, malah berlebihan. Jika ingin kelihatan natural dan awet muda, disarankan untuk mengaplikasi maskara yang sebenarnya mampu membuatkan wajah tampil ringan dan tidak heavy look.