SELEPAS setahun memiliki kereta mewah jenama Lamborghini Aventador hadiah daripada isteri tercinta, pelakon dan usahawan Aeril Zafrel mengambil keputusan menjual kenderaan berwarna kuning itu. Memandangkan kenderaan itu jarang digunakan, Aeril atau Suhairil Sanuri, 35, berkata dia nekad menjual kereta itu dan sebahagian hasil tersebut boleh digunakan untuk menderma kepada Palestin. “Selamat tinggal Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini, jadi jual saja la.
“InsyaAllah sebahagian hasil ini kita derma kepada Palestin,” katanya. Aeril berkongsi perkara tersebut di Insta Story miliknya pada Rabu. Dalam hantaran berkenaan, Aeril turut memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan tersebut selepas diserahkan kepada orang lain. “Selamat tinggal kuning (panggilan untuk kereta),” ujarnya berserta tanda sedih. Untuk rekod, kereta tersebut merupakan pemberian isterinya iaitu pelakon iaitu pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal.
Dalam satu kenyataan sebelum ini Aeril juga pernah meluahkan hasrat untuk menjual kereta berkenaan atas alasan sama kerana jarang digunakan. Ketika awal memiliki kenderaan berkenaan tahun lalu, Aeril juga menerima kecaman kerana dikatakan sengaja menyewa kereta mewah untuk tujuan content di media sosial. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.