Wajah pelakon dan pengacara Janna Nick kelihatan semakin berseri-seri sejak kebelakangan ini sehingga ramai netizen yang membuat andaian aktres itu sedang berbadan dua. Menafikan dakwaan tersebut Janna bagaimanapun memberitahu dia akan berkongsi berita gembira itu kepada semua peminatnya jika sudah disahkan hamil. “Mungkin sebab saya bekerja dalam indoor (tempat tertutup) seperti di UiTM dan Istana Budaya, semua latihan untuk teater Pak Pandir dan Labu Ajaib dilakukan di bawah bumbung, tak kena matahari, itulah sebabnya wajah saya berseri.
“Doakan yang baik-baik. Kalau ada (hamil) pasti saya akan kongsikan nanti. Tengoklah sekarang kan saya makin kurus. Kalau ada pasti akan bertambah besar,” katanya. Terdahulu, Janna pernah melahirkan hasrat untuk memiliki zuriat berzodiak Libra yang dilahirkan antara 23 September sehingga 22 Oktober. Untuk info, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner selamat mendirikan rumah tangga dengan pelakon berdarah campuran Inggeris, Dini Azan Schatzmann pada 10 Jun yang lalu.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.