Ramai yang tak tahu bisul sebenarnya boleh diubati menggunakan bahan semula jadi. BisulĀ adalah jangkitan bakteria yang terjadi pada folikel rambut atau kelenjar minyak pada tubuh manusia. Biasanya, bisul berbentuk benjolan dengan kemerah-merahan pada kulit yang berisi nanah dan sakit apabila disentuh. Bisul biasanya terjadi pada punggung, ketiak, tengkuk dan wajah kerana bahagian itu lebih mudah berpeluh dan sering bergesel. Punca bisul biasanya disebabkan oleh Staphylococcus aureus, sejenis bakteria yang biasa ditemui pada kulit dan di dalam hidung. Sekiranya seseorang kerap mengalami bisul ada kemungkinan ia disebabkan penyakit lain seperti diabetes.
Bagi golongan dengan ketahanan tubuh yang rendah, bisul bukan boleh dibuat main kerana ia boleh memicu komplikasi berbahaya seperti keracunan darah dan perlu mendapatkan rawatan di hospital. Sementara itu, bagi orang yang tidak mempunyai penyakit, bisul bersifat menular tetapi tidak berbahaya dan boleh menggunakan rawatan semula jadi bagi membuatkan ia mengecut. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan di rumah.
Tekap dengan air suam
Menekap tuala yang direndam dalam air suam pada bisul dapat mengurangkan rasa sakit dan membantu mempercepatkan bisul pecah dan mengeluarkan nanah yang terkumpul di dalamnya. Apabila bisul sudah mengering, sebaik-baiknya cuci menggunakan sabun antibakteria dan alkohol untuk mengurangkan risiko jangkitan pada tempat lain dan mempercepatkan proses pemulihan.
Minyak pokok teh (tea tree oil)
Minytak tea tree bersifat antibakteria dan antiseptik yang dapat membantu mengubati jangkitan bakteria. Minyak ini bagaimanapun tidak boleh disapu terus ke bahagian bisul kerana ia mempunyai sensasi terbakar. Campurkan beberapa titis minyak itu dengan minyak kelapa atau zaitun, dan barulah ia disapu terus ke bahagian bisul. Lakukan proses ini sehingga bisul ‘matang’ dan pecah.
Serbuk kunyit
Seperti dua bahan lain di atas, serbuk kunyit juga memiliki sifat anti-bakteria dan anti-inflamasi yang cukup membantu menyembuhkan bisul dengan lebih cepat. Menariknya, selain menyapu serbuk kunyit ke bahagian bisul, anda boleh membancuh air kunyit bersama air atau susu dan minum tiga kali sehari. Bagi menambah kesedapan, boleh tambah halia dalam minuman itu. Selain diminum, kedua-dua bahan itu juga boleh dijadikan masker dan disapu terus ke bahagian bisul.
Minyak semambu (neem oil)
Minyak semambu (neem oil) memiliki sifat antiseptik, antibakteria dan antimikroba yang membantu mengubati jangkitan kulit termasuk bisul. Untuk mengubati bisul dengan minyak semambu, sapu terus ke bahagian terus dan ulang proses itu sebanyak tiga ke empat kali dalam sehari. Tapi pastikan anda mencuci tangan dan selepas menyapu minyak ini ke bahagian bisul. Sumber, mstar