HASRATĀ pelakon Angeline Tan mahu mengerjakan umrah termakbul apabila ada pihak sudi menaja dia dan suami ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi. Angeline atau Ardini Angeline Tan, 56, berkata, dia mendapat khabar gembira itu tidak sampai sehari dia meluahkan hasrat itu selepas terlihat iklan tentang pakej umrah dalam lif sebuah hotel. “Saya macam tak percaya! Kurang daripada 24 jam,” kongsinya. Bercerita mengenai niatnya itu, Angeline berkata, sebelum ini dia dan suami Sabri Yunus, 62, menerima pelbagai tajaan majlis resepsi perkahwinan mereka namun tiada menawarkan mereka pakej menunaikan umrah.
Iklan mengenai dua pakej umrah yang ditampal di dalam lif tersebut membuatkan dia tertanya-tanya dan terdetik di hatinya untuk ke Tanah Suci Makkah. “Ketika berada dalam lif hotel itu ada banner pakej umrah yang beritahu harganya RM7,000 dan umrah cuti RM9,000. Dalam hati ketika itu saya kata, umrah pun ada umrah cuti ke? Jadi terlintas di fikiran saya kenapa semua orang bagi saya majlis resepsi (tajaan), kenapa tak ada orang ingin sponsor saya umrah,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini melangsungkan pernikahan pada 14 Oktober lalu di kediaman Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza. Dr Maza sendiri menikahkan pasangan berkenaan di Kangar, Perlis. Bagi meraikan pasangan mempelai, bekas pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu tersebut turut diraikan menerusi sebuah majlis kenduri yang diadakan di Hotel Grand Barakah Ampang pada 3 November lalu. Dua hari kemudian pasangan itu sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis resepsi di Glo Damansara. Sabri memberitahu mereka bakal diraikan dalam tiga lagi kenduri selain satu lagi bakal diadakan di kampung halamannya di Kelantan tidak lama lagi.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.