Umum lagi kita ketahui dengan pelakon cantik ini. Pelakon jelita Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur sebentar tadi. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Hanif Zaki menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya. “Alhamdulillah syukur. Berkat hari Jumaat. Anak kedua kami telah selamat dilahirkan hari ini (20 Mei 2022). “Sepatutnya hari ini Anzalna (isteri) melakukan pemeriksaan terakhir (sebelum bersalin). Namun segala-galanya adalah rahsia Allah SWT,” katanya.
Bagaimanapun, Hanif atau nama lengkapnya Muhamad Hanif Muhamad Zaki tidak memaklumkan tentang jantina anak keduanya itu. Dalam hantaran sama, Hanif turut berkongsi sekeping gambar bersama Anzalna dan bayi kedua mereka ketika dalam bilik pembedahan. Dalam ruangan komen, rata-rata peminat pelakon drama Memori Cinta Suraya itu turut berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua pasangan suami isteri itu.
Ini komen warganet “Alhamdulillah. Tahniah untuk pelakon kegemaran saya,” ujar seorang peminatnya. “Tahniah Anzalna. Alhamdulillah,” komen seorang lagi netizen. “Alhamdulillah. Tahniah untuk kamu berdua,” komen seorang lagi pengguna Instagram. Terdahulu, Anzalna dalam satu kenyatannya kepada Kosmo! baru-baru ini berharap agar cahaya mata keduannya itu dapat dilahirkan pada 31 Mei dan berkongsi tarikh lahir dengan anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang kini hampir memasuki usia tiga tahun. Sekadar info, Anzalna yang juga bekas finalis program Dewi Remaja 2010 mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 2016. – KOSMO! ONLINE
Akan Dapat Ank Ketiga Bulan Depan, Sekali Anzallna Nasir Tampil Dedahkan Sesuatu Yang Ramai Tak Tahu. Selepas anak sulungnya, Eidrees kini berusia tiga tahun tahun, pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa gembira apabila bakal menimang anak kedua tidak lama lagi. Lebih membahagiakan, Anzalna yang kini hamil lapan bulan dijadual melahirkan menjelang sambutan Hari Raya Aidifitri bulan depan. “Salam Ramadan. Alhamdulillah, syukur kerana diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan yang mulia, bulan penuh keampunan dan rahmat daripadaNya. “Alhamdulillah, Eidrees (anak sulungnya) bakal dapat adik ‘hari raya’ nanti (dijangka bersalin ketika Aidilfitri). Seorang lagi bayi Aidilfitri. Insya-Allah,” ujarnya yang melahirkan Eidrees juga pada 1 Syawal tiga tahun lalu.
Tambah anak pelakon Memori Cinta Suraya itu, kehamilan kali ini sebenarnya tidak dirancang namun Tuhan merahmati doanya untuk menambah zuriat memandangkan anak sulungnya sudah agak besar. Anzalna turut menyifatkan anugerah tersebut sebagai rezekinya selepas nekad kembali kepafa fitrah iaitu bertudung sejak awal tahun 2022. “Eidrees pun sudah tiga tahun. Nak kata rancang tak, Alhamdulillah rezeki selepas bertudung. Lepas bertudung tak lama kemudian saya disahkan hamil. Kali agak tak sangka sebab saya menunggu agak lama sebelum disahkan hamil anak pertama dahulu,” kata Anzalna kepada Kosmo! Online.
Terdahulu, menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Mohd. Nasir berkongsi rasa syukur apabila diberi peluang oleh Allah SWT untuk menambah bilangan cahaya mata. Sehubungan itu, pelakon berusia 34 tahun itu memohon doa daripada semua pihak termasuk peminatnya untuk mendoakan supaya proses kelahiran bayi keduanya itu nanti akan dipermudahkan. “Mohon doakan semua agar dipermudahkan urusan melahirkan nanti dan semoga kita semua terus diberikan kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya. Sekadar info, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama suami, Muhamad Hanif Muhamad Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Eidress yang kini berusia tiga tahun. Sumber, KOSMO! ONLINE